Puasa Untuk Sambut Raya

Zaman kanak-kanak dahulu kita sering diajar supaya berpuasa.  Jika tak puasa tidak boleh raya!  Begitu juga diberi upah puasa.  Sehari puasa boleh dapat duit raya satu ringgit…setengah hari puasa pun ada upah, dapat 50 sen!.  Melatih anak kecil berpuasa dengan ganjaran raya dan duit sedikit sebanyak membantu mereka berpuasa walaupun pada hakikatnya tuntutan berpuasa itu adalah kewajipan sebagaimana solat 5 waktu.

Pada bulan yang mulia ini, perbanyakkan taubat dan gandakan amalan ibadat setelah melalui 11 bulan yang sering menyebabkan kita leka.  Kehadiran Ramadhan ini adalah latihan ibadah yang diturunkan oleh Allah dan diringankan halangan kepada kita apabila syaitan pula dibelenggu, dan yang tinggal hanya nafsu diri kita sendiri.  Pada bulan inilah nafsu perlu dididik dengan ilmiah dan kesederhanaan .

Jarang sekali kita berjumpa dengan orang yang membuat persiapan Ramadhan, yang terbanyak ialah persiapan menjelang Syawal.  Padahal limpahan rahmat yang amat luas dihidangkan Allah pada bulan Ramadhan.

Kenapa kita tidak membuat persiapan Ramadhan?

Kerana kita tidak tahu apa yang perlu disiapkan.

Pada anggapan kita, Ramadhan tidak jauh bezanya dengan bulan-bulan lain cuma waktu makannya pada sahur sebelum subuh dan berbuka ketika maghrib.  Malamnya pula perlu ke surau/masjid untuk berterawikh, itupun jika ‘ringan badan’.  Berbanding Syawal yang disambut penuh kegembiraan hingga kadang-kadang terlebih hadnya.  Persiapan rutinnya seperti biskut raya, baju baru, kelengkapan rumah, membersih rumah dan sebagainya.

Ramadhan yang dijanjikan Allah dengan berlipat kali ganda pahalanya juga perlukan persiapan yang hebat.  Memperbaharui taubat adalah yang paling penting ketika menyambut Ramadhan.  Kesucian Ramadhan mudah menusuk jiwa apabila hati tenang dan bersungguh melaksanakan perintahNya.  Kumpulkan seberapa banyaknya pahala melalui amal ibadat yang hanya memberi peluang kepada kita pada waktu Ramadhan.

Berterawikh hanya ada pada bulan Ramadhan.  Kuatkan diri bermujahadah untuk berterawikh setiap malam.  Jangan jadi tua sebelum waktunya iaitu lemahnya tubuh.  Warga emas lebih hebat dari orang muda beribadat, memenuhi saf-saf hadapan dan qiamnya lebih lama daripada orang muda.

Bersahur dan berbuka juga melahirkan sifat-sifat terpuji.  Mengeratkan ikatan kekeluargaan, teman-teman serumah.  Inilah peluang untuk sama-sama mengaminkan doa, sama-sama menjamu selera dan nikmatnya merasai juadah makanan.

Membaca Al-Quran, menghadiri kuliah ilmu dan membantu golongan miskin adalah amalan-amalan yang dipandang tinggi oleh Allah.  Dan Ramadhan memberikan kita ruang tersebut.

Selamat Menyambut Ramadhan!

Advertisements

Kasih Sayang Dunia Haiwan

Saat terjatuh ditengah jalan, tiada tangan yang mahu menghulurkan bantuan

Datang Si Ibu menjadi penyelamat

Namun tidak semudah itu, ada sahaja yang cuba menghalang dan mengambil kesempatan dalam kesusahan yang dialami

Si Ibu sanggup lakukan apa sahaja untuk selamatkan anaknya

Akhirnya dia berjaya membuktikan kasihnya

Dunia haiwan yang mampu menceritakan sifat kasih sayang kepada dunia manusia…

dipetik dari blog :

http://syukran.wordpress.com

By Zaim Azfar Posted in Umum

Kisah Anak Kecil Di Zaman Khalifah Harun Ar Rashid

Khalifah Harun Ar Rashid terkenal dengan ketokohannya memimpin sebuah kerajaan yang amat dikagumi dalam sejarah Islam.  Suatu hari khalifah melihat seorang anak kecil sedang mengis di hadapan unggun api yangmarak menyala.  Lalu khalifah bertanya kepada anak kecil itu kenapa menangis.

Jawab anak kecil itu,  “Aku takutkan api neraka”

Khalifah memujuk anak kecil itu dengan berkata anak kecil seperti kamu ini tak akan dimasukkan ke neraka.

Namun anak kecil itu terus menangis sambil berkata,

“Tadi sewaktu orang mula menyalakan api, mereka masukkan ranting-ranting kecil dahulu…selepas ranting kecil terbakar baru dimasukkan kayu besar”  “Aku takut hal yang sama di neraka kelak…aku ibarat ranting kecil itu”.

Mendengar kata-kata anak kecil itu, khalifah turut sama menangis.

Saya Beli Barang Ini…

Setiap satu sen yang dibelanjakan akan ditanya Allah di akhirat kelak.  Maka urusan jual beli sering memberi pelbagai tanggapan oleh masyarakat.  Riba, tipu, sombong dan pelbagai sifat negatif banyak menghiasi dunia perniagaan yang akhirnya boleh saya simpulkan sebagai salah satu usaha memperlekehkan kerjaya yang menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.

Perniagaan adalah suatu penyelesaian kepada masyarakat bagi sesuatu masalah.  Menyelesaiakn masalah orang cukup tinggi nilainya contoh yang mudah ialah tayar motor yang pancit diselesaikan di bengkel motor.  Dan bayaran pelanggan sebagai upah itu boleh dikatakan sebagai ucapan terima kasih.  Jual beli merupakan aktiviti mengeratkan silaturrahim, perihal terima kasih, setuju menyetujui dan berakhir dengan keredhaan dan ketenangan.

Maka setiap duit yang dibelanjakan ialah

Ucapan terima kasih

Doa

Harapan

dan sokongan.

Setiap kali saya ingin berbelanja, keempat-empat perkara ini adalah panduan.  Jarang-jarang sekali duit saya ‘terlepas’ tanpa memenuhi elemen tersebut walaupun satu.

Sewaktu tingkatan 5, satu program sekolah diadakan di Cherating dan pada malamnya saya dan beberapa rakan keluar untuk makan di restoran yang banyak sekali tersusun sepanjang jalan di Cherating.  Apabila menjamah makanan yang dihidang, kawan saya mengkritik makanan kedai itu…tak sedap, pedas dan sebagainya.  Rupa-rupanya ia didengar oleh tukang masak dan dia marah-marah dari jauh sambil menyuruh kami pergi kedai lain.  Kami hanya diamkan diri dan terus bayar sebelum pulang ke tempat penginapan.

Ia mungkin sekadar picisan kisah-kisah berbelanja yang berakhir tanpa sebarang hak jual beli.  Makanan itu dibayar dengan hati yang langsung tanpa terima kasih, doa, harapan dan sokongan.  Ia juga diterima oleh hati yang sakit.  Peristiwa itu diingati sampai sekarang kerana ia adalah teladan bagi saya setiap kali berbelanja dan setiap kali berurusan dengan pelanggan.

Apa guna urusan jual beli jika ia berakhir dengan permusuhan, tiada ketenteraman dan tanpa terima kasih.  Kerana ia akan kembali kepada persoalan asal jual beli sebagai penyelesai masalah…bukan menambah derita.

Dan sekali lagi…jauhkan jual beli yang menambah masalah serta derita umat Islam.

Herba Terbaik Untuk Kesihatan

Usus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang.  Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi. Organ ini memerlukan penjagaan yang tinggi kerana kebanyakan penyakit utama seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis bermula di sini. Selain itu,  mereka yang mengidap sebarang penyakit juga amat perlu merawat usus terlebih dahulu kerana usus adalah organ utama penyerapan ubatan yang di ambil.  Bahkan penjagaan kesihatan yang terbaik ialah dengan menjaga usus melalui pemakanan dan juga puasa.

Antara masalah yang bermula di usus:

  1. Pembuangan air kecil dan besar yang tidak sempurna akan meyebabkan terbentuk kerak pada usus.  Pembentukkan itu akan mengakibatkan penyerapan zat nutrien tidak efektif.  Ini akan mendorong tidak efektifnya ubatan bertindak kerana tiada penyerapan sempurna oleh tubuh.
  2. Seterusnya gas akan terhasil yang berlegar dalam tubuh boleh menyebabkan gastrik, migrain, kembung dan pelbagai jenis penyakit angin.
  3. Bermula dari kesan-kesan yang kecil ini akan membawa kepada penyakit yang lebih kronik.  Sebab itu pada usia yang makin lanjut, pelbagai penyakit dialami kesan daripada penjagaan usus yang sering diabaikan.

Kaedah penjagaan usus :

  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan teratur.  Usah terlalu mengikut nafsu makan.  Berhenti makan sebelum kenyang seperti amalan Rasulullah s.a.w.
  • Berpuasa juga adalah amalan bagus untuk kesihatan.  Selain dapat merehatkan usus,ketika berpuasa satu enzim yang amat berguna kepada sistem tubuh dihasilkan.

Produk HPA yang mampu membantu penjagaan usus seterusnya menyelesaikan banyak jenis penyakit ialah Pelawas dan Tuju Angin.  InsyaAllah…

Pelawas :

  • Mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan mengurangkan kadar kolesterol LDL
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung yang diakibatkan oleh kandungan kolesterol LDL pada saluran jantung dengan tindakannya mengikat lemak-lemak dan asid empedu.
  • Amat sesuai untuk pesakit kencing manis.
  • Menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar.
  • Mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar.
  • Amat sesuai untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan berlebihan.

Tuju Angin

  • Dihasilkan daripada tumbuhan mujarab bertindak untuk membuang anginserta memudahkan pembuangan air besar serta menjadikan badan terasa ringan.
  • Mengatasi masalah angin duduk, (cepat letih dan loya), angin darah (mudah emosi dan cepat marah), angin sendi (lenguh, letih, kesemutan)
  • Mengatasi migrain
  • Mengatsi kembung perut dan berangin.
  • Mengatasi gastrik dan mengatasi hilang selera makan.
  • Mengatasi masalah lemah tenaga batin.

Kenapa HPA jadi pilihan?

  1. Kapsul ubatan yang digunakan adalah dijamin halal iaitu diperolehi daripada syarikat Halagel Sdn. Bhd (syarikat pengeluar geletin halal terkemuka)
  2. Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
  3. Kilang bertaraf GMP
  4. Menggunakan bahan alami (iaitu tumbuhan herba) bebas daripada campuran bahan kimia.
  5. Harga berpatutan.

Harga :

Pelawas – RM20.00 (75 biji kapsul)

Tuju Angin – RM 20.00 (75 kapsul)

Penghantaran percuma.

Cara Membeli:

1. Bank in bayaran ke akaun Mohd Zaim Azfar Bin Muhamad

  • Maybank – 151306662347
  • CIMB – 13040045663527

2. Hantar SMS maklumat anda iaitu nama,alamat,jumlah bayaran, bank dan senarai produk ke no. telefon saya 0139323370.

3. Penghantaran segera setelah bayaran disahkan.

Takkan Sebiji Burger McD Yang Aku Makan Ni Boleh Bunuh Orang Palestin!

Buat sekian kalinya Umat Islam ditindas lagi di Palestin dan juga negara-negara lain.  PM Netanyahu tetap meneruskan pembinaan penempatan haram di tanah Palestin.  Selain itu, dia juga menyeru negara pengeluar minyak menghentikan eksport minyak ke Iran untuk melumpuhkan negara Islam tersebut.  Seruan itu disahut banyak negara pengeluar minyak.

Maka semboyan anti Israel-US kembali ditiup oleh umat Islam setelah kelam sejak kebelakangan ini sejak pembunuhan kejam beramai-ramai rakyat Palestin tahun lepas.  Kenapa lemahnya kita ditindas sewenang-wenangnya musuh Islam?

Ibarat pilihanraya…rakyat yang ramai ini menentukan pemimpin yang sebilangan itu memerintah, begitu jugalah dalam ekonomi.  Pengguna yang ramai ini menentukan jatuh bangun sesebuah perusahaan.  Maka hari ini pengguna terbanyak ialah negara Islam tetapi gagal mengguna kuasa sebagai pengguna untuk melumpuhkan pengusaha yang zalim.

Pernah juga dengar ada yang berkata tiada bukti pembelian produk US menyumbang kepada kezaliman mereka ke atas umat Islam.  Bahkan lebih pedih mendengar kata-kata mereka yang langsung tidak peduli nasib umat Islam di luar sana.  Ada juga yang secara sinis berkata…

“takkan sebiji burger McD yang aku makan ni boleh bunuh orang Palestin?’

Pernah suatu ketika dalam satu program saya ditayangkan sebuah video yang memaparkan rintihan seorang ibu tatkala meratap kematian anaknya yang ditembak tentera Israel.  Sungguh mengharukan apabila si ibu itu berkata…

“Kamu yang bunuh anak saya!…”sambil menuding jari

“Kamu yang memberi mereka duit untuk membunuh kami semua!”

Ya…duit itu datang dari kita semua yang berterusan menyumbang ekonomi kepada mereka.  Sejak sebelum merdeka lagi kita bergantung harap kepada produk Israel-US.  Lihat sahaja restoran fast food US tidak pernah lengang daripada pengunjung.  Jenama Colgate, Darlie, Palmolive, Maggi dan macam-macam lagi seperti wajib ada di setiap rumah.

Marilah kita berusaha sehebat mungkin untuk mengelak dari menggunakan produk US-Israel.  Jadilah umat Islam yang prihatin terhadap saudara kita di luar sana dengan menunjukkan kuasa sebagai pengguna menolak produk yang dibuat oleh mereka yang zalim.

13 Mac

Alhamdulillah

Usia perkahwinan sudah menjangkau setahun.  Pantasnya masa dan kini tiba giliran beberapa sahabat lain pula untuk melaksanakan ibadah yang mulia ini.  Semoga semuanya berjalan lancar untuk sahabat-sahabatku.

Mengenang detik pertama pertemuan yang telah ditentukan oleh Allah.  Imbasannya masih segar dalam ingatan walaupun sudah lupa tarikhnya.

Terima kasih Ya Allah…

Disebalik Nama Pallas (jenama kasut)

Sepertimana diketahui bahawa PALLAS adalah salah satu jenama kasut yang terkenal di Malaysia dan diminati oleh ramai kanak-kanak dan remaja. Tetapi tahukah anda rahsia di sebalik nama PALLAS itu?

.

PALLAS di dalam mitos Greek kuno ialah Titan god of warcraft / dewa perang. Dia adalah ayah kepada NIKE iaitu ‘dewi kemenangan‘, Bia, Zelus dan Cratos.
Berikut adalah petikan dari Dictionary of Greek and Roman Biography and Mythology
“PALLAS (Pallas). 1. A son of Crius and Eurybia, was one of the Titans, and brother of Astraeus and Perses. He was married to Styx, by whom he became the father of Zelus, Cratos, Bia, and Nice. (Hes. Theog. 376, 383; Paus. vii. 26. § 5, viii. 18, § 1; Apollod. i. 2. § 2, 4.) 2. A son of Megamedes, and father of Selene. (Hom. Hymn. in Merc. 100.) 3. A giant, who, in the fight with the gods, was slain by Athena, and flayed by her. (Apollod. i. 6. § 2.) 4. According to some traditions, the father of Athena, who slew him as he was on the point of violating her. (Cic. De Nat. Deor. iii. 23; Tzetz. ad Lyc. 355.)”

Petikan di bawah pula ialah dari Wikipedia

“Pallas (Πάλλας) is a Titan, associated with war, killed by Athena in the fight with gods. Most sources indicate that he was the son of Crius and Eurybia, the brother of Astraeus and Perses, and the husband of Styx. He was the father of Zelus, Nike, Cratos, and Bia. In addition, he has been named as the father Scylla, Fontes, and Lacus. Alternatively, he was the son of Megamedes, and father of Selene, and is also recorded as the father of Eos.”
Sememangnya pihak illuminati akan menggunakan nama-nama yang berkaitan dengan unsur-unsur pemujaan mereka, unsur-unsur pemujaan berhala, tetapi kita juga yang tertipu di sebalik nama-nama itu.
Patung Pallas yang dijumpai di Minerva Medica

petikan dari : http://hikmatun.wordpress.com/2010/03/07/rahsia-sebalik-jenama-pallas/

By Zaim Azfar Posted in Umum