Cukupkah Pendapatan Bulanan Anda?

Adakah pendapatan bulanan kita cukup untuk menampung perbelanjaan?  Ramai yang berkata tidak cukup, namun adakah benar ia memang tidak cukup atau sekadar telahan kita memandangkan apa yang kita ingini tidak dapat dilakukan kerana faktor kewangan.

Pernahkah kita menulis perbelanjaan di atas sehelai kertas?

Ambil masa sekejap untuk tulis…anda akan tahu di mana tirisnya perbelanjaan bulanan.  Dari situ barulah kita boleh nyatakan bahawa pendapatan bulanan memang tidak cukup atau sebaliknya.  Setelah mengetahui gambaran sebenar cashflow, mudah untuk kita mengurus perbelanjaan.  Ada perkara yang mungkin tidak perlu dan ada perkara yang boleh ditangguhkan.

Menurut kajian, hanya 3 dari 10 orang rakyat Malaysia yang serius dalam urusan kewangan mereka.  Maka pilihlah untuk bijak mengurus cashflow kita.

Advertisements

Takkan Sebiji Burger McD Yang Aku Makan Ni Boleh Bunuh Orang Palestin!

Buat sekian kalinya Umat Islam ditindas lagi di Palestin dan juga negara-negara lain.  PM Netanyahu tetap meneruskan pembinaan penempatan haram di tanah Palestin.  Selain itu, dia juga menyeru negara pengeluar minyak menghentikan eksport minyak ke Iran untuk melumpuhkan negara Islam tersebut.  Seruan itu disahut banyak negara pengeluar minyak.

Maka semboyan anti Israel-US kembali ditiup oleh umat Islam setelah kelam sejak kebelakangan ini sejak pembunuhan kejam beramai-ramai rakyat Palestin tahun lepas.  Kenapa lemahnya kita ditindas sewenang-wenangnya musuh Islam?

Ibarat pilihanraya…rakyat yang ramai ini menentukan pemimpin yang sebilangan itu memerintah, begitu jugalah dalam ekonomi.  Pengguna yang ramai ini menentukan jatuh bangun sesebuah perusahaan.  Maka hari ini pengguna terbanyak ialah negara Islam tetapi gagal mengguna kuasa sebagai pengguna untuk melumpuhkan pengusaha yang zalim.

Pernah juga dengar ada yang berkata tiada bukti pembelian produk US menyumbang kepada kezaliman mereka ke atas umat Islam.  Bahkan lebih pedih mendengar kata-kata mereka yang langsung tidak peduli nasib umat Islam di luar sana.  Ada juga yang secara sinis berkata…

“takkan sebiji burger McD yang aku makan ni boleh bunuh orang Palestin?’

Pernah suatu ketika dalam satu program saya ditayangkan sebuah video yang memaparkan rintihan seorang ibu tatkala meratap kematian anaknya yang ditembak tentera Israel.  Sungguh mengharukan apabila si ibu itu berkata…

“Kamu yang bunuh anak saya!…”sambil menuding jari

“Kamu yang memberi mereka duit untuk membunuh kami semua!”

Ya…duit itu datang dari kita semua yang berterusan menyumbang ekonomi kepada mereka.  Sejak sebelum merdeka lagi kita bergantung harap kepada produk Israel-US.  Lihat sahaja restoran fast food US tidak pernah lengang daripada pengunjung.  Jenama Colgate, Darlie, Palmolive, Maggi dan macam-macam lagi seperti wajib ada di setiap rumah.

Marilah kita berusaha sehebat mungkin untuk mengelak dari menggunakan produk US-Israel.  Jadilah umat Islam yang prihatin terhadap saudara kita di luar sana dengan menunjukkan kuasa sebagai pengguna menolak produk yang dibuat oleh mereka yang zalim.

Peluang Bisnes Bersama HPA

Bisnes bersama HPA perlukan disiplin yang mantap.  Kerana gagasan yang dibawa HPA bukan sekadar mahu menjadi syarikat muslim yang mampu bersaing di pentas antarabangsa, bahkan menyelamatkan umat Islam dari terus dicuaikan serta dikaburi dengan produk-produk yang meragukan.

Tiga perkara yang perlu difahami dalam HPA

  1. Penjagaan Kesihatan – Makanan tambahan (supplement food) adalah elemen penting dalam menjaga kesihatan dewasa ini.  Namun ramai tersalah bertindak iaitu dengan mengambil supplement food daripada bahan kimia.  Supplement yang terbaik adalah daripada tumbuhan atau herba yang memang disebut dalam Al-Quran, Hadis serta kitab-kitab perubatan.  Barat telah memadamkan kehebatan herba ini kerana di negara mereka herba-herba terbaik sukar tumbuh dan Alhamdulillah…ia tumbuh dengan banyak di negara-negara Islam.  Maka HPA membawa risalah ini sebagai tunjang kepada bisnes HPA.  Kehebatan herba yang diproses oleh HPA menjadi penawar banyak penyakit dan elemen utama dalam kaedah penyembuhan melalui HPA (perubatan JAWI) ialah kebergantungan kepada Allah.
  2. Produk Halal Muslim – Cuba anda perhatikan sekeliling rumah samaada di dalam ataupun di luar.  Berapa banyakkah produk Halal-Muslim yang ada?  Rekod mendapati lebih 70% produk makanan berstatus Halal di Malaysia adalah keluaran non-Muslim.  Ya ada logo Halal…tapi cuba fikir ke mana keuntungan syarikat non-Muslim ini dibelanjakan?  Satu contoh : Keuntungan jualan ubat gigi Colgate adakah ia disalurkan untuk kepentingan ummah Islam?  Boleh jadi sumbangan ada disalurkan kepada kepentingan agama si pemilik syarikat Colgate.  Adakah kita menjadi penyumbang kepada kepentingan agama si pemilik syarikat Colgate? sedangkan terdapat syarikat Halal-Muslim yang juga menawarkan ubat gigi.  Cukuplah ditipu dengan penggunaan nama islamik seperti Syurah, Safi, Zaitun dan lain-lain sedangkan ia bukan syarikat muslim.
  3. Boikot Produk Israel-US – Setiap tahun pasti bergegar sorakan demonstrasi mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestine.  Juga tindakan US yang menyerang negara Islam.  Lantas dilancarkan usaha memboikot produk Israel-US yang ada di pasaran.  Namun usaha boikot sering hangat sekejap kerana ummat tiada pilihan.  Maka HPA menyediakan alternatif kepada ummat untuk beralih daripada barangan yang diboikot kepada produk Halal-Muslim HPA.  Dan ternyata usaha ini berjaya sedikit sebanyak menggugat ekonomi Israel-US dan apa yang dikatakan jihad ekonomi boleh bermula melalui HPA.

Yes…untuk menjadi usahawan atau bisnesman HPA, hanya perlu mengamalkan produk HPA dan menyebarkan ketiga-tiga maklumat penting di atas kepada seramai mungkin orang.  Itu sahaja yang perlu dilakukan oleh anda dan insyaAllah kejayaan menanti anda! Inilah kaedah bisnes MLM (syariah) HPA yang semakin berkembang hebat.

Hubungi Zaim (013-9323370) untuk sama-sama laksanakan bisnes HPA.  Jadikan bisnes HPA sebagai salah satu jalan dakwah anda.

Yakinkah Dengan Produk Muslim?

Bulan lepas seorang guru berjumpa saya dan bertanya kenapa kalau produk halal mesti harganya mahal.  Pertanyaan yang disertakan cerminan seolah-olah produk halal mengambil kesempatan atas status halal dan ‘muslim product’.  Sambil memberikan contoh product non-muslim yang harganya murah.

Persoalan guru tadi adalah persepsi ramai dalam masyarakat dan bukan beliau seorang sahaja.  Perihal harga sering menjadi topik utama kepada pengguna malahan juga kepada peniaga.  Irfan Khairil, jutawan internet juga telah menyatakan bahawa peniaga atau usahawan sering menghadapi dilema atau takut untuk menetapkan harga kepada produk yang dihasilkan.

Murah memang menjadi tarikan utama pengguna kerana itu tahap pemikiran masyarakat sekarang (majoriti).  Berapa ramai yang melihat kepada kualiti.

Sebenarnya naluri kita senantiasa mahukan sesuatu yang indah dan baik tapi sering tertipu dengan ‘perwatakan’.  Siapa yang tidak mahukan emas berbanding tembaga.

Proses menghasilkan produk halal amat teliti, menggunakan bahan-bahan terbaik serta berkhasiat dan memastikan kualiti terjamin.  Ini adalah salah satu keutamaan HPA sebagai pengeluar produk halal.  Manakala produk murah sering mengabaikan aspek tersebut.  Maka setiap tahun pelbagai ‘kejutan’ kita saksikan di dada akhbar seperti ayam tidak sembelih, kek mengandungi lemak babi, aiskrim mengandungi gelatin babi dan sebagainya lagi.  Tapi kita sering tertewas dengan tawaran harga dan ‘perwatakan’ produk termasuk pengiklanan.

Namun saya rasakan bukan faktor harga semata-mata yang menyebabkan persoalan guru tadi timbul.  Yang lebih parah adalah kerana tiada keyakinan dan sokongan terhadap ‘ produk muslim’.

“Anda memasuki pasaraya dan melihat Ubat Gigi Colgate bersebelahan dengan Ubat Gigi Zaim, yang mana pilihan anda walaupun tertera harga Ubat Gigi Zaim lebih murah berbanding Colgate”

Antara persoalan yang bakal timbul ialah :

  1. Eh murahnya produk orang Islam…boleh percaya ke?  Entah-entah apalah yang ditaruknya dalam ubat gigi ni…sambil membayangkan iklan Colgate di televisyen.
  2. Yang mahal Colgate ni tentulah lebih berkualiti (apabila keadaan macam ni baru melihat kualiti)
  3. Nilah orang kita, bila buat produk nama mesti tidak komersil…Adus!!! Macam mana lagi nak komersil, nama Zaim tu kerana pemiliknya bernama Zaim, rakyat Malaysia dan Colgate tu nama seorang warga asing.  Dua-dua gunakan nama pengasas sebagai nama produk.  Inilah yang terjadi kepada kebanyakkan produk tempatan.  Apabila pilih nama asing atau english dikomen pula tidak patriotik dan mengagungkan bahasa asing.

Akhirnya produk muslim terus terpinggir.  Bukan kerana soal harga, nama atau design…tetapi kerana keyakinan, sokongan dan sudah sebati dengan produk asing dan non muslim.

PBC Bukan Sekadar Fast Trak

Kebanyakkan sistem MLM mengamalkan fast trak untuk proses mempercepatkan kenaikkan pangkat.  Saya pernah melalui sistem ini dengan MLM luar negara.  Jika secara tradisinya, untuk kenaikkan pangkat memerlukan seseorang itu mengumpul belian hingga beribu-ribu ringgit.  Ini akan mengambil masa lama untuk mengumpul jumlah belian tersebut.  Maka sesetengah ahlinya mengambil inisiatif fast trak iaitu dengan menganjurkan downline membeli jumlah tersebut sekali dalam satu resit.  Lalu timbullah ‘pelaburan’ ribuan ringgit dan masalah yang berlaku ialah lambakan produk akibat belian beribu ringgit itu.  Ada MLM yang melalui fast trak ini dengan bermodalkan RM2000 dan  RM6000 bahkan ada yang mencecah RM 20 000.

Masalah utama ialah selepas ‘melabur’ ribuan ringgit dan lambakan produk itu, peserta akan mencari ahli baru untuk mengikuti jejak langkahnya.  Tekanan pasti akan dialami jika gagal mencari ahli baru memandangkan ‘pelaburan’ yang tinggi telah dibuat.  Akhirnya, mereka yang gagal ini membuat kesimpulan bahawa MLM adalah sistem tipu

HPA jika mengikut sistem awalnya memerlukan seseorang itu mengumpul jumlah belian 1500 nilai mata (nm) untuk membolehkan kelayakkan kenaikan pangkat pertama dan kekal.  Bagi mereka yang aktif bergerak, mengumpul 1500nm (~RM4000) adalah terlalu lama dan mereka mula mahu melaksanakan fast trak dalam HPA.  Bermakna seseorang ahli perlu melabur ~RM4000 untuk pangkat pertama.

Melihatkan perkembangan ini akan meyebabkan HPA bakal mengalami situasi sama seperti MLM lain dan mengelakkan proses lambakan produk, maka satu program khas diperkenalkan iaitu Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC).

Melalui program ini, ahli hanya perlu membuat belian 300nm (~RM700) sahaja dan menghadiri program PBC selama 2 hari 1 malam.  Untuk memudahkan lagi ahli, 300nm mata itu boleh dikumpulkan selama 2 bulan (150nm sebulan). Pangkat pertama yang kekal akan diperolehi selepas syarat ini dipenuhi.

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan kepada ahli perjuangan HPA dan hala tuju syarikat dalam usaha memartabatkan produk halal.  Bukan sekadar mengejar kemewahan dunia, tetapi bekalan akhirat yang utama itu matlamat kita.

KURSUS USAHAWAN HPA PBC

PBC DAN KEISTIMEWAANNYA
1-MEMBINA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENJADI USAHAWAN HERBALIS MLM YANG CEMERLANG.

2-DAPAT MENGUASAI SEGALA ILMU DAN KEMAHIRAN DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN MLM. AGAR DAPAT MERANCANG, MENGURUS DAN BERTINDAK MENGIKUT PLAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJURUS KEPADA BONUS 5 ANGKA SEBULAN.

3-MEMUPUK DAN MENERAPKAN KEKUATAN ROHANI BAGI MEMBENTUK JATI DIRI SEBAGAI USAHAWAN YANG BERTAQWA.

4-MELAHIRKAN USAHAWAN YANG TAHAN LASAK, TABAH, BERDISIPLIN DAN MAMPU MENJADI PEMIMPIN JARINGAN YANG HEBAT.

APA PBC?

Menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan dengan produk-produk halal HPA. Ketahui plan pemasaran Perkongsian Bijak Cemerlang HPA dengan ‘product killer’ kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix.Serta beratus produk lain merangkumi produk keperluan harian, ubatan berasas herba, kosmetik, makanan kesihatan dll. Anda pasti terpegun dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaALLAH…

Mengapa perlu sertai Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)?
1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.
4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
5. Modul program yang menarik dan berkesan.
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
7. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.
8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.

Bagaimana hendak sertai program PBC ini?
1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM100 hingga RM180 sahaja untuk 2 hari 1 malam bergantung kepada tempat.
3. Membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.

Modul-Modul PBC
Antara modul yang akan diberikan adalah
1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya – Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan AlMaathurat.
14. Motivasi Niaga.

Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul. Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat. InsyaALLAH…

Kempen Berterusan Boikot Israel-US

boikot-israel

Dalam HPA, kita sentiasa menitik beratkan kempen memboikot barangan keluaran Israel termasuk sekutu kuatnya iaitu Amerika.  Malah, dalam setiap program perkara ini sentiasa diingatkan.  Masyarakat kita sentiasa perlu diingatkan kerana sesetengahnya hanya hangat apabila isu itu melanda.  Dan sekarang apabila Israel melancarkan serangan secara besar-besaran ke atas Palestine, barulah muncul slogan boikot Israel-US.  Sepatutnya kita berterusan melaksanakan kempen ini.

Produk-produk Israel-US sudah kian lama bertapak di negara kita.  KFC, McDonald, Pizza Hut, Nike, Adidas, Coca Cola, Intel dan lain-lain.  Mulalah kempen ini daripada kita dan keluarga kita sendiri.  Elakkan daripada harta kita menjadi penyumbang kehancuran saudara kita di Palestine.

Dari Laman Web Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir http://www.pmram.org/inpage/boycott/index.htm
Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.

* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald – Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.

* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.

* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.

* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

boycott-israel-anim

Disamping itu kita doakan saudara kita di Palestine semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran menghadapi musuh semua umat Islam itu.

Menetapkan Syarat Untuk Bonus : Adakah Suatu Paksaan?

Berikut adalah petikan soalan daripada orang ramai berkaitan penetapan suatu tahap pembelian (minimum pembelian) bagi membolehkan seseorang ahli HPA mendapatkan bonus bulanan.  Ia dijawab oleh panel syariah HPA.

Soalan;

Pada saya HPA dan lain2 MLM sama sahaja dari segi perniagaannya. Kesemua pelan pemasaran MLM mewajibkan pengedar untuk mencapai target tertentu untuk mendapat bonus-bonus tertentu. Tidakkah syarat2 ini merupakan paksaan yang dikenakan kepada pengedar untuk mendapat bonus? Contohnya anda perlu mempunyai kumpulan yang ada 1000 nilai mata untuk layak mendapat bonus tertentu. 2) Ustaz manakah yang dirujuk dan adalkah mereka pakar dalam MLM? Setakat ini belum ada Badan yang iktiraf yang boleh dirujuk untuk menentukan HALAL atau tidaknya sesuatu sistem pemasaran itu. Semuanya berdasarkan pandangan/pendapat peribadi ulama dan bukannya kesepakatan ulama. Apapun bidang MLM ini adalah satu bidang yang memerlukan ijtihad para ulama…10q

Jawapan;

Saya perhatikan ramai yang tidak dapat bezakan jenis-jenis akad di dalam Islam. Dalam muamalah Islam, bukan akad jual beli sahaja yang wujud, tetapi juga akad-akad yang lain, antaranya akad hibah, akad ijarah, akad ji’alah dan sebagainya. Berlainan akad berbeza pula ciri-cirinya. Contohnya, dalam akad jual-beli tidak harus ada sebarang ikatan/syarat dikenakan untuk meneruskan jual-beli. Contoh, tidak harus seorang penjual meletakkan syarat kepada pembeli seperti ia berkata; “Saya jual barang saya ini dengan syarat awak mesti jual barang awak itu”. Syarat ini adalah tidak sah kerana ia menyebabkan terjadinya dua jualan dalam satu jualan yang dilarang oleh Nabi s.a.w.. Namun dalam pemberian atau komisyen, meletakkan syarat untuk mendapat suatu pemberian atau komisyen ia tidak pernah diharamkan oleh mana-mana ulamak. Contohnya, satu syarikat buku berkata kepada pelanggannya; jika kamu beli sebuah sahaja harganya RM20. Jika kamu beli 10 buah, saya beri diskaun 20%. Jika kamu jadi pengedar saya dan kamu dapat jual 50 buah ke atas, saya beri komisyen 25% dan jika 100 ke atas, saya beri komisyen 50%. Syarat yang dikenakan di sini bukan ke atas jual-beli, tetapi ke atas kelayakan untuk mendapat komisyen. Jika syarat sebegini hendak dikatakan paksaan, maka hidup kita ini penuh dengan paksaan; untuk terima gaji kita disyaratkan berkerja (yakni terpaksa berkerja), untuk pandai kita disyaratkan belajar (yakni terpaksa belajar), untuk kenyang kita disyaratkan makan (yakni terpaksa makan), untuk dapat untung kita disyaratkan jual barang (yakni terpaksa menjual), untuk masuk syurga kita disyaratkan beribadah (yakni terpaksa beribadah)…begitulah hidup kita yang penuh dengan paksaan jika semua syarat kita fahami sebagai paksaan. Tetapi itu adalah fahaman mengikut perasaan dan amarah kita. Adapun di sisi Syarak, paksaan atau al-Ikrah mempunyai pengertian khusus yang mempunyai rukun-rukun tertentu untuk dikatakan sesuatu itu sebagai paksaan yang membawa kepada terbatalnya akad. Setakat yang saya tahu, bukan semua syarat yang diletakkan ianya akan menjadi paksaan, malah tidak dapat dielakkan bagi sesetengah akad antaranya akad ji’alah (pemberian dengan bersyarat) sebagaimana yang ada di dalam al-Quran (surah Yusuf, ayat 72). Untuk memahami lebih lanjut, sila baca fatwa ulamak tentang “Hukum menetapkan syarat untuk mendapat komisyen jualan” di dalam blog ini.

Wallahu a’lam.

Soalan; terdapat satu system jualan produk yang diperkenalkan oleh beberapa syarikat yang diringkas seperti berkut; Syarikat menawarkan kepada orang yang berminat menjadi wakil/pengedarnya untuk terlibat mempromosi barangan/produk keluarannya dengan satu kadar komisyen tertentu (cthnya 10%) bagi setiap produk yang dijual, namun syarikat meletakkan syarat komisyen tersebut tidak akan diberikan melainkan wakil/pengedar melakukan jualan dengan jumlah tententu yang ditetapkan Syarikat. Adakah ianya harus?

Jawapan;

Polisi jualan tersebut adalah harus. Ia tidak lain merupakan langkah Syarikat melakukan akad al-Ji’alah (pemberian bersyarat) dengan pengedarnya sebagai imbalan mempromosikan jumlah tertentu dari barangan/produk Syarikat. Jika ia berjaya melakukan jualan dengan jumlah tersebut, berhaklah ia untuk mendapat komisyen yang dijanjikan itu. Jika tidak, tidak berhaklah ia mendapatnya. Masalah ini termasuk dalam bab al-Ji’alah (pemberian dengan bersyarat). Sekalipun ada kemungkinan akan berlaku kepada wakil/pengedar mereka berpenat saja tanpa imbalan apabila tidak berjaya mencapai jumlah jualan yang ditetapkan itu, perkara tersebut tidak akan menjejaskan keharusan mu’amalah tersebut. Ini kerana telah sedia dimaklumi (dalam Fiqh) bahawa akad al-Ji’alah harus berlaku padanya al-Jihalah dan al-Gharah (yakni ketidakpastian) walaupun unsur tersebut tidak harus berlaku dalam al-Ijarah (akad sewaan).

Rujukan fatwa; Fatwa dipetik dari buku Fiqh al-Mu’amalat al-Maliyah al-Muqaran, tulisan Syeikh Dr. ‘Alauddin Za’tari,, hlm. 338, ter. Dar al-‘Ashma’, Damsyiq, Syria, 2008. Penulis adalah pensyarah Fiqh dan Ekonomi Islam di University Ummu Darman, Syria dan Kolej University Islam di Lubnan. Beliau memiliki laman webnya sendiri; http://www.alzatari.org).

sumber : web HPA

Rujuk Pakar Dahulu Sebelum Melabur

Pelaburan adalah salah satu cabang dalam mengembangkan potensi kewangan kita.  Tidak dinafikan bahawa masyarakat Malaysia merupakan kelas yang hebat dalam usaha manggandakan pendapatan melalui perniagaan sampingan dan pelaburan.  Nasihat saya kepada semua supaya berhati-hati dengan setiap peluang yang datang dan usah hanya melihat potensinya sahaja, bahkan soal hukum juga wajib dititikberatkan.

Rasanya semua orang tidak terlepas daripada didatangi oleh mereka yang mempromosikan pelbagai peluang perniagaan dan pelaburan.  Termasuk diri saya yang sudah berpuluh orang menawarkan peluang mereka kepada saya.  Pengalaman dan sedikit ilmu yang ada cuba saya kongsikan kepada mereka supaya tidak tersalah pilih.  Cuma terkedu juga apabila ada teman-teman yang telah memasuki sesuatu perniagaan tanpa sebarang rujukan, lebih parah apabila akhirnya dapat diketahui bahawa perniagaan itu tidak boleh dari segi hukum dan ada yang ditipu.

Kebelakangan ini, ramai yang mempelawa dan bertanya saya berkaitan suatu bentuk pelaburan perniagaan.  Banyak syarikat yang mengamalkan kaedah ini iaitu menawarkan suatu jumlah untuk kita laburkan dan pulangan yang tetap akan diperolehi setiap bulan.

Contohnya jika kita melabur RM500, kita akan dapat RM90 setiap bulan.  Jika RM900, kita akan peroleh RM190 setiap bulan dan begitulah seterusnya.  Kebanyakkan menyatakan tujuan yang jelas perihal perniagaan mereka.  Dan ia memperlihatkan seperti tiada yang tersembunyi.

Saya telah merujuk para ustaz berkaitan jenis perniagaan ini.  Semua yang ditemui mengatakan ianya tidak dibenarkan oleh syarak.  Rujukan dalam buku juga tidak membenarkan bentuk perniagaan sebegini.  Yang tidak betul ialah ketetapan terhadap pulangan setiap bulan itu.  Hujahnya ialah jika bulan itu keuntungan syarikat tinggi, maka ia zalim kepada pelabur dengan memberikan pulangan yang rendah.  Dan jika syarikat rugi, maka ia dizalimi oleh perjanjian dengan pelabur yang mana syarikat tetap perlu memberi pulangan.  Dan sudah saya ketahui ada syarikat yang mengamalkan bentuk pelaburan jenis ini mengalami kerugian dan para pelabur tertunggu-tunggu akan pulangan seperti yang dijanjikan.

Kita semua perlu memahami bahawa istilah pelaburan itu perlu ada risiko untung ruginya.  Tiada yang sentiasa untung.  Maka cukup mudah untuk membezakan pelaburan yang betul dan salah.

Dilemma Penjual Islam Akibat Sumber Bayaran

Dilemma Penjual Islam Akibat Sumber Bayaran

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net

Soalan 1

Assalamualaikum ustaz. Salam ramadhan dan semoga selamat bahagia di perantauan. Saya ingin bertanya dengan ustaz.Harap ustaz dapat menjawabnya.Saya seorang penjual kereta.Jika pelanggan memilih pinjaman konvensional, bersalah atau berdosakah saya?

Akan tetapi saya ade nasihatkan ambil pinjaman bank Islam sebelum mereka memilih pinjaman

konvensional. Adakah saya bersekongkol dengan riba? Sekian terima kasih.


honda

UZAR :

Soalan saudara memang amat relevan dan menghantui banyak penjual Islam di seluruh dunia. Isu ini adalah lebih kurang sama dengan penjual Islam yang didatangi pembeli yang ingin membayar menggunakan kad kredit riba.

Jawapan yang wajar saya berikan sebenarnya agak panjang jika beserta huraian, namun disebabkan ruangan yang terhad, secara kesimpulannya saya berpandangan bahawa saudara TIDAK DIKIRA TERLIBAT terutamanya setelah anda menasihatinya untuk mengambil pembiayaan Islam.

Adalah lebih cemerlang jika saudara mempelajari serba ringkas kelebihan pembiayaan kereta dari bank-bank Islam demi menarik pembeli menggunakannya. Sebagai contoh mudah, pinjaman kereta secara riba dari bank  konvensional mengenakan penalti setinggi 5 – 8 % sekiranya pelanggan terlewat membayar, manakala bank-bank Islam hanya mengenakan 1% dan sebahagian bank Islam menyalurkan jumlah itu kepada badan kebajikan.

Hujjah secara ringkas, ini adalah kerana penjual tiada boleh dipertanggungjawabkan atas sumber duit yang digunakan oleh pembeli, jika penjual ingin dipertanggungjawabkan ia akan mencetuskan satu keadaan kesukaran yang tiada taranya lagi. Oleh sebab itu, sebahagian ulama mengklasifikasikan ia sebagai urusan yang jatuh dalam peruntukan ‘Umum al-Balwa’ iaitu suatu penegahan yang terlalu sukar untuk dielakkan.

KES KEMALANGAN KERETA INSURAN RIBA

Kes yang hampir sama boleh berlaku begini. Sebagai contoh kereta lelaki A berlanggar dengan kereta lelaki B. Kesalahan dikenal pasti berpunca dari lelaki B. Hasilnya, semua kos pembaikan kereta lelaki A akan ditanggung juga oleh syarikat Insuran kereta lelaki B. Persoalannya, bagaimana jika ia adalah sebuah syarikat insuran konvensional yang haram lagi riba?.

Jawapnya, tiada kesalahan ke atas lelaki A, ini kerana ia menerima pampasan syarikat yang menjamin lelaki B secara berasas, iaitu gantirugi atau apa jua asas yang seperttinya. Tatkala itu, dosa hanyalah jatuh kepada lelaki B yang sengaja melanggan insuran konvensional yang haram. Ia tidak menyeberang kepada lelaki A.

Ibn Masud r.a pernah ditanya :-

قال جاء رجل إلى عبد الله يعني بن مسعود فقال إن لي جارا ولا أعلم له شيئا إلا خبثا أو حراما وأنه يدعوني فأحرج أن آتيه واتحرج ان لا آتيه فقال ائته أو أوجبه فإنما وزره عليه

Ertinya : Aku mempunyai seorang jiran dan tidak ku ketahui berkenaan hartanya kecuali semuanya haram dan kotor, dan dia menjemputku (ke rumahnya) aku merasa sukar untuk hadir dan sukar juga untuk tidak hadir. Berkata Ibn Masu’d : Terima dan hadirlah jemputannya sesungguhnya dosa-dosa (dari harta haram tadi) adalah tanggungannya sahaja” [1]

Kesimpulannya,

penjual hanya bertanggjung jawab atas aqad atau kontrak antara DIA (PENJUAL) dan pembeli sahaja, iaitu MEMASTIKANNYA tidak bercanggah dengan hukum Syariah dari pelbagai sudut termasuk syarat-syarat yang termeterai di dalam kontrak itu. Dalam konteks ini, aqad anda dengan pembeli adalah jualan biasa yang cukup syarat jual beli dalam Islam, manakala cara bayaran pula akan dating dari pihak bank (bagi pihak pembeli), adapun kontrak yang berunsur riba antara bank dengan pembeli (iaitu kontrak pinjam dengan riba) bukanlah di dalam bidang kuasa saudara.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net

16 Sept 2008

16 Ramadhan 1429 H