Jom Beli Secara Online

Secara rasminya saya telah membuka satu web untuk memudahkan pembelian produk herba HPA secara online.  Harap dapat ziarah dan membuat belian melalui web tersebut.  http://www.ubatherba.wordpress.com

Advertisements

Herba Terbaik Untuk Kesihatan

Usus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang.  Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi. Organ ini memerlukan penjagaan yang tinggi kerana kebanyakan penyakit utama seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis bermula di sini. Selain itu,  mereka yang mengidap sebarang penyakit juga amat perlu merawat usus terlebih dahulu kerana usus adalah organ utama penyerapan ubatan yang di ambil.  Bahkan penjagaan kesihatan yang terbaik ialah dengan menjaga usus melalui pemakanan dan juga puasa.

Antara masalah yang bermula di usus:

  1. Pembuangan air kecil dan besar yang tidak sempurna akan meyebabkan terbentuk kerak pada usus.  Pembentukkan itu akan mengakibatkan penyerapan zat nutrien tidak efektif.  Ini akan mendorong tidak efektifnya ubatan bertindak kerana tiada penyerapan sempurna oleh tubuh.
  2. Seterusnya gas akan terhasil yang berlegar dalam tubuh boleh menyebabkan gastrik, migrain, kembung dan pelbagai jenis penyakit angin.
  3. Bermula dari kesan-kesan yang kecil ini akan membawa kepada penyakit yang lebih kronik.  Sebab itu pada usia yang makin lanjut, pelbagai penyakit dialami kesan daripada penjagaan usus yang sering diabaikan.

Kaedah penjagaan usus :

  • Mengamalkan pemakanan yang seimbang dan teratur.  Usah terlalu mengikut nafsu makan.  Berhenti makan sebelum kenyang seperti amalan Rasulullah s.a.w.
  • Berpuasa juga adalah amalan bagus untuk kesihatan.  Selain dapat merehatkan usus,ketika berpuasa satu enzim yang amat berguna kepada sistem tubuh dihasilkan.

Produk HPA yang mampu membantu penjagaan usus seterusnya menyelesaikan banyak jenis penyakit ialah Pelawas dan Tuju Angin.  InsyaAllah…

Pelawas :

  • Mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan mengurangkan kadar kolesterol LDL
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah
  • Seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung yang diakibatkan oleh kandungan kolesterol LDL pada saluran jantung dengan tindakannya mengikat lemak-lemak dan asid empedu.
  • Amat sesuai untuk pesakit kencing manis.
  • Menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar.
  • Mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar.
  • Amat sesuai untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan berlebihan.

Tuju Angin

  • Dihasilkan daripada tumbuhan mujarab bertindak untuk membuang anginserta memudahkan pembuangan air besar serta menjadikan badan terasa ringan.
  • Mengatasi masalah angin duduk, (cepat letih dan loya), angin darah (mudah emosi dan cepat marah), angin sendi (lenguh, letih, kesemutan)
  • Mengatasi migrain
  • Mengatsi kembung perut dan berangin.
  • Mengatasi gastrik dan mengatasi hilang selera makan.
  • Mengatasi masalah lemah tenaga batin.

Kenapa HPA jadi pilihan?

  1. Kapsul ubatan yang digunakan adalah dijamin halal iaitu diperolehi daripada syarikat Halagel Sdn. Bhd (syarikat pengeluar geletin halal terkemuka)
  2. Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
  3. Kilang bertaraf GMP
  4. Menggunakan bahan alami (iaitu tumbuhan herba) bebas daripada campuran bahan kimia.
  5. Harga berpatutan.

Harga :

Pelawas – RM20.00 (75 biji kapsul)

Tuju Angin – RM 20.00 (75 kapsul)

Penghantaran percuma.

Cara Membeli:

1. Bank in bayaran ke akaun Mohd Zaim Azfar Bin Muhamad

  • Maybank – 151306662347
  • CIMB – 13040045663527

2. Hantar SMS maklumat anda iaitu nama,alamat,jumlah bayaran, bank dan senarai produk ke no. telefon saya 0139323370.

3. Penghantaran segera setelah bayaran disahkan.

Musim Hujan

Hujan yang turun juga berperanan memperbaiki medan eletromagnetik bumi. Hujan akan membetulkan dan mengimbangkan kembali ion berguna(ion negative) agar meujudkan persekitaran selesa pada penduduk bumi. Air hujan juga sangat baik untuk dibuat mandian sekali-sekali terutama ketika hujan lebat dan telah berlalu 30 minit pertama. Titik-titik hujan bertindak seperti urutan pada semua titik tubuh yang akan mendatangkan kesan “deep sleeping”terutama pada malam hari. Pada awal hujan turun, kita tidak di cadangkan untuk mandi sebab kemungkinan besar ia mengandungi asid yang tinggi terutama dikawasan-kawasan perindustrian. Jika terkena tempisan air hujan ,dinasihati kita mandi bagi mengelakan demam dan sakit kepala.

Hujan juga membentuk imuniti yang tinggi pada anak-anak jika mereka dibiasakan dari kecil.Berbeza sekali dengan anak-anak yang ibu bapaknya terlalu control sehingga didapati mereka lebih kerap sakit dibandingkan dengan anak-anak kampung yang bermain upih pinang di tengah hujan. Bagi saya air hujan itu bukan sahaja dikenali sebagai soft water tetapi ia merupakan terapi alam yang berkesan. Paling minimum ia akan memberikan tidur yang berkualiti dan membangunkan system imuniti .Minum kopi panas selepas mandi hujan. Walahua’lam.

petikan dari : http://jawimedherb.blogspot.com/

Bahaya Pewarna

Written by Zariah
Monday, 28 April 2008
synthetic_food_colors.jpg

 

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa semua bahan atau benda di sekeliling kita akan kelihatan menarik jika mempunyai warna. Baik bahan makanan, minuman mahupun alat solek. Tidak hairanlah jika seorang kanak-kanak akan tertarik apabila melihat makanan atau minuman ringan yang dijual di pasaraya atau kedai runcit disediakan dalam pelbagai warna. Malah orang dewasa pun mudah terpesona apabila terpandang barangan yang bewarna-warni meskipun ia adalah pewarna tiruan.

Hal ini disedari oleh ibu bapa khususnya yang mempunyai anak kecil. Setiap kali mereka membawa anak kecil mengunjungi pasaraya atau singgah di stesen minyak, makanan atau minuman ringan yang dijual dalam pelbagai warna menjadi daya penarik yang membuatkan kanak-kanak tidak mahu berganjak dari tempat yang menjualnya atau memperagakannya.

Puan Amira (bukan nama sebenar) dan suaminya merupakan antara ibu bapa yang mengalami masalah itu. Walaupun mereka faham yang anak kecil mereka masih mentah dan tidak memahami bahaya pengambilan makanan atau minuman ringan yang mengandungi pewarna tiruan, mereka terpaksa akur dengan kehendak anak kecil itu.

“Sekali-sekala, takpa agaknya”, fikir mereka setiap kali berhadapan dengan kedegilan anak kecil mereka itu.

Sebenarnya ibu bapa mengelak anak-anak mereka mengambil makanan, gula-gula atau minuman mengandungi bahan campuran yang boleh menyebabkan anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.

Akhbar Daily Mail melaporkan, kajian yang dibiayai Agensi Piawaian Makanan Britain (FSA) turut mengaitkan bahan campuran itu sebagai punca reaksi alahan dan menyebabkan lelah dan ruam.

Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Southampton itu hanya mengesahkan lagi kajian awal yang mendakwa bahan campuran itu boleh menyebabkan alahan.

Selain mengkaji kesan penggunaan warna tiruan dalam makanan, penyelidik juga melihat kesan bahan pengawet natrium benzoate (E211) yang lazim digunakan dalam minuman ringan.

Profesor Vyvyan Howard dari Universiti Ulster dan penasihat FSA menggesa ibu bapa dan pengeluar makanan supaya melindungi generasi muda.

“Ia sepatutnya tidak digunakan kerana bahan itu sememangnya tidak mempunyai sebarang nilai dari segi khasiat. Jadi, mengapakah ia perlu digunakan?

“Peraturan ketat yang mengharamkan penggunaan bahan itu bagi kanak-kanak bawah usia setahun sememangnya wujud. Ini disebabkan otak dan sistem saraf penting sedang terbentuk ketika usia setahun”, katanya.

Beberapa syarikat pengeluar makanan utama sudahpun memberi reaksi berikutan banyak bukti menunjukkan kesan penggunaan bahan kimia tiruan bertujuan memastikan produk mereka lebih menarik.

Kebanyakkan firma peruncit di Britain dilaporkan mengkaji semula dasar mereka mengenai kehadiran pewarna dalam makanan berikutan tekanan penduduk. (Sumber: Berita Harian, 10 Mei 2007).

Kementerian kesihatan telah mengharamkan penggunaan pewarna Red 2G dalam makanan. Pewarna beracun ini digunakan untuk mewarnakan daging dalam burger.

Menurut pihak Kementerian berkenaan, makanan yang mengandungi pewarna tersebut yang telah berada di pasaran, masih boleh dijual. Penjual atau pengedar dinasihatkan agar menarik daripada pasaran makanan yang mengandungi Red 2G secara sukarela, makanan dengan tarikh luput bleh dijual sehingga tamat tempohnya dan tempoh tiga bulan diberikan untuk menarik makanan dari tarikh luput.

Kerajaan Malaysia mengharamkan pewarna makanan itu selepas ia diharamkan oleh Kesatuan Eropah (EU) pada 27 Julai 2007.

Pewarna Red 2G boleh memetabolisme kepada aniline dan hasil uji kaji mendapati ia boleh merosakkan bahan genetik dalam sel-sel lalu membentuk kanser.

Tindakan mengharamkan pewarna Red 2G sebenarnya diambil agak leawat kerana ia telah lama diharamkan di Negara-negara seperti Australia, Austria, Belgium, Denmark, Jepun, Switzerland, New Zealand dan Amerika.

Terdapat beberapa pewarna makanan yang diisytiharkan tidak selamat dan diharamkan di tempat lain tetapi dibenarkan di Malaysia. Antaranya:

Allura Red- Dilarang diseluruh Komuniti Eropah.
Amaranth- Diharamkan di Austia, Jepun, Norway, Rusia, Sweeden dan Amerika.
Briliant Blue- Diharamkan di Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Norway, Switzerland, Sweeden dan Amerika.
Brown HT- Diharamkan di Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Norway, Switzerland, Sweeden dan Amerika.
Carmoisine- Diharamkan di Austria, Jepun, Norway, Sweeden dan Amerika.
Erythrosine- Diharamkan di Norway.
Green S – Diharamkan di Kanada, Norway Sweeden dan Amerika.
Indigo Carmine- diharamkan di Norway
Ponceau 4R- Diharamkan di Kanada, Norway dan Amerika.
Quinoline Yellow- Diharamkan di Jepun, Norway dan Amerika
Sunset Yellow- Diharamkan di Findland, Norway dan United Kigdom.
Tarrazine- Diharamkam di Austria, Findland dan Norway.

Kenapa ia digunakan

Pewarna digunakan dalam makanan atau minuman untuk tujuan berikut:
• Mengimbangi warna yang hilang
• Memperbetulkan variasi warna asli
• Mempertingkatkan warna asli
• Memberi Identiti beraneka warna
• Memberi impak beraneka warna

Dalam satu tinjauan yang dijalankan tahun lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Mendapati pelbagai bahan pewarna dan jenama berbeza, untuk pewarna makanan diletakkan di rak kedai runcit.  Pewarna ini terdapat dalam botol kaca kecil atau tiub plastik dan dilabelkan dengan cara di mana pengguna biasa tidak dapat membezakan pewarna untuk makanan (pewarna yang digredkan untuk makanan) daripada bahan pewarna jenis lain.

Di sebuah kedai, CAP mendapati bahan pewarna untuk makanan dan bukan untuk untuk makanan diletakkan berdekatan antara satu sama lain. Kedua-dua jenis pewarna itu dikeluarkan oleh kilang yang sama. Produk ini menggunakan label yang hampir sama. Tulisan ‘Pewarna untuk makanan’ dan juga ‘Tidak boleh dimakan’ dalam saiz kecil menyebabkan ia tanda amaran ini terlepas perhatian daripada pembeli.

Dalam kes tertentu, label pada bekas tidak memberikan sebarang petunjuk bagi warna atau tujuan warna itu digunakan. Sesetengah pewarna yang dibungkus dalam tiub plastik tidak mempunyai sebarang label atau tanda. Apabila ditanya kepada penjual, mereka hanya mengatakan bahan pewarna ini adalah untuk mewarnakan jeli.

Menurut peraturan di bawah Akta Makanan 1983, setiap bungkusan mengandungi sebarang bahan pewarna sintetik yang diimport, dikeluarkan atau diiklankan untuk jualan, atau dijual atau untuk digunakan bagi mewarnkan makanan mestilah dilabel dengan nombor indeks warna. Dalam kes campuran atau sediaan pewarna, nama biasa bagi warna dan jumlah peratus bahagian warna yang terdapat dalam sediaan itu perlu dinyatakan pada label.

CAP juga mendapati pelbagai makanan yang diproses untuk kanak-kanak dalam warna yang amat terang dan dengan bungkusan yang menarik perhatian pengguna. Beberapa pewarna, walaupun pada masa ini dibenarkan oleh undang-undang, telahpun menunjukkan menjadi punca kepada kesan sampingan kesihatan. Penggunaan bahan ini oleh kanak-kanak menjejaskan mereka.

Ibu bapa mungkin tidak menyedari potensi bahaya beberapa bahan penambah ini terhadap anak-anak mereka. Masalah ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa pengeluar makanan tidak dikehendki oleh undang-undang untuk menyenaraikan nama biasa pewarna atau untuk perkara  itu nama biasa bagi banyak bahan penambah lain yang digunakan. Mereka dengan mudah menggunakan ayat seperti ‘Pewarna makanan yang dibenarkan’.

Banyak jenama daun teh juga diketahui mengandungi bahan pewarna, amalan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang. Satu daripada pengeluar teh yang dihubungi mengakui mereka menambah pewarna dan menyalahkan pengguna kerana lebih sukakan warna itu.

Satu-satunya pewarna makanan digunakan dalam makanan yang diproses ialah untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelanggan. Pewarna tidak menyumbang apa-apa kepada nilai pemakanan bagi sebarang makanan. Bahan kimia ini  adalah bahan bukan makanan yang dimasukkan kedalam makanan. Kebanyakkan daripadanya boleh menjejaskan kesihatan dan ini termasuk bahan penambah kimia yang diluluskan oleh pihak yang berkuasa. Contohnya tartrazine (pewarna kuning-jingga) berkemungkinan agen penyebab kanser dan boleh meningkatkan hiperaktif dikalangan kanak-kanak. Ia juga dikaitkan dengan alergi, ruam, bengkak, hidung berair dan mata merah.

Sunset Yellow FCF (pewarna merah jingga) berkemugkinan agen karsinogenik serta dikaitkan dengan hiperaktif dala kalangan kanak-kanak. Ia juga mampu menyebabkan kerosakan gigi kromosom dan tindak balas arlegi.

Ponceau 4R (Pewarna merah terang hingga merah gelap) diketahui menyebabka kanser, bengkak tisu, arlegi dan asama. Ia juga boleh merendahkan bilangan sel  darah merah dan kepekatan hemoglobin. Bahan pewarna ini telahpun diharamkan di amerika Syarikat dan banyak Negara Eropah.
ANTARA BAHAN ASLI UNTUK PEWARNA
• Bunga telang
• Daun pandan
• Ubi bit
• Kunyit

Sumber : Majalah Aniqah  (Zarinah Othman)

Menjadikan Status Halal Sebagai Standard Tertinggi

Daripada maklumat yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tahun 2006, lebih separuh syarikat yang mendapat sijil halal adalah non-muslim.  Walaupun status halal mereka diakui JAKIM, namun sering menimbulkan pelbagai kontroversi.  Setiap tahun pasti ada sahaja isu berkaitan halal.

Bagi mereka dan mungkin juga kita, halal adalah takrifan perkara yang bebas dari unsur haram (babi dan anjing).  Dan juga haiwan dan tumbuhan yang jelas ditegah dalam Al Quran.  Haiwan yang halal dimakan tetapi boleh menjadi haram (bangkai) jika tidak disembelih.  Yang disembelih pun boleh jadi haram jika tidak diniatkan kerana Allah.

Maka hari ini timbul pelbagai masalah akibat kefahaman bab halal tidak jelas.

Hari ini standard halal terlalu rendah.  Bayangkan bagaimana telah didedahkan oleh media proses pembuatan bebola yang menjijikkan tapi memperoleh sijil halal.  Kilang bihun yang besebelahan dengan kandang babi yang mengalirkan sisa kumbahan yang busuk dan mengotorkan dan mungkin tempias kekotoran itu mengena kilang bihun, juga memperoleh sijil halal.  Betapa rendahnya standard halal.halal pork

Saya membayangkan bahawa status halal itu adalah standard tertinggi dalam piawaian penghasilan sesuatu produk mengatasi ISO dan GMP.

1. 100% halal bahan yang digunakan termasuk campuran enzim, pewarna, perasa dan bahan tambahan lain.  Pasaran hari ini hanya menekankan bahan utama dan mengenepikan bahan-bahan tambahan yang sering diragui stutus dan asalnya.

2. Proses penyediaan yang bersih.  Banyak premis atau restoran yang menayangkan logo halal tapi jika dilihat di belakang premis…longkangnya tersumbat, dipenuhi lalat dan ulat, bau yang busuk dan lebih malang keadaan pekerjanya yang kotor.  Sesetengah pekerja di belakang tabir ini tidak mementingkan kebersihan kerana pada tanggapan mereka, pengguna tidak memerhatikan mereka.  Maka soal kebersihan dan penampilan diambil mudah.  Tidak mandi, berseluar pendek, ada yang tidak memakai baju, kuku panjang, tiada penutup kepala dan sebagainya.

3. Berkualiti.  Apabila berniaga, keuntungan adalah keutamaan pengusaha.  Jika terdapat bahan yang lebih murah, pasti menjadi pilihan tanpa memeriksa kualitinya asalkan boleh menggantikan bahan yang sedia ada – mahal.

4. Pemiliknya muslim.  Pasti menjadi perbahasan hangat jika halal itu hanya layak untuk pengusaha muslim.  Hari ini sesetengah produk tidak dikeluarkan oleh muslim kerana keterbatasan kewangan, sumber dan kemahiran.  Jika ada pengusaha muslim yang baru hendak bertapak, pelbagai rintangan yang terpeksa dihadapi yang akhirnya menyebabkan mereka tewas.  Terutamanya persaingan harga dan pasaran.  Apatah lagi sikap masyarakat yang suka memilih barang yang murah ataupun berjenama tanpa mengutamakan ‘muslim product’.

5. Makanan Berkhasiat.  Jajan, snek dan gula-gula yang jelas memudaratkan kesihatan juga mempunyai logo halal.  Memang benar kandungannya adalah dari sumber yang halal.  Islam telah mengajarkan bahawa yang halal itu baik untuk manusia.  Perkara yang halal tetap menjadi halal tetapi ia boleh menjadi haram jika memudaratkan.

Betapa hebatnya status halal jika kelima-lima elemen di atas menjadi sandaran.  Pastinya bukan mudah mempermainkan status halal dan ia akan mengangkat martabat produk yang berstatus halal.

InsyaAllah…suatu hari status halal akan kembali ke tempat yang sepatutnya.

Testimoni Abah – Perawatan Untuk Darah Tinggi

Malam kelmarin telah diadakan Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) setelah lama tidak dianjurkan.  Kuliah yang disampaikan sendiri oleh Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Industries menyentuh dua produk iaitu Minuman IMT dan Beras Perang.

Pada paginya Zaim telah menerima panggilan dari pemimpin HPA timur supaya mencari 2 orang yang boleh memberikan testimoni sebagai pengguna produk HPA.  Buat kali kedua Zaim cuba ajak Ummi, kali ni guna kaedah telefon.

Zaim call nombor telefon rumah tapi Abah yang angkat

“Saya dari HPA…boleh bercakap dengan Puan Azizah…”  Abah pun bagi telefon tu pada Ummi.

“Ni Puan Azizah?”…dengar je suara Zaim, Ummi terus ketawa….dah dapat cam suara Zaim.

Kali ni gagal lagi cubaan.  Tapi Ummi minta tanya Abah.  Alhamdulillah…Abah setuju untuk bagi testimoni program malam ni.

Dalam testimoni tersebut, Abah menceritakan pengalamannya dalam merawat penyakit darah tinggi yang dihidapi sejak dari 2002 lagi.  Dengan mengambil produk HPA – Vitex, Pelawas dan Kopi Radix.  Sekarang Abah tidak perlu lagi bergantung kepada ubatan dari hospital dan tekanan darah kembali stabil

Tn Haji Ismail dalam ulasannya berkata bahawa bagi pesakit darah tinggi Vitex perlu diambil bersama Pelawas.  Ia adalah kombinasi terbaik untuk merawat penyakit ini.  Perawatan ini telah dibukukan dalam Buku Siri Perawatan Jawi – Jawi Medicinal Herb edisi kedua.

Bagi mereka yang mengalami masalah ini, cubalah pula mengikut kaedah perawatan Jawi menggunakan herba seperti yang dinyatakan.

Cegah H1N1

Dipetik dari blog JawiHerbShop.blogspot.com

Demam

Kebiasaannya terapi herba untuk kes demam adalah seperti dibawah. Saya kerap juga ditanya tentang H1N1 ,apakah ubat yang herba yang perlu dicadangkan. Penyakit ini merupakan jangkitan akut yang perlu segera dirawat di hospital jika tidak, boleh menyebabkan kematian. Persediaan herba dibawah merupakan kaedah tradisi pengubatan jawi untuk jangkitan Virus namun begitu kepada penyakit H1N1 perlukan nasihat dari doktor.1. Kapsul IMT – 3 kapsul selang 2 jam ( 3 x 6)
2. Teh roselle – (minum terus menerus) – hingga habis sekotak.
3. Spirulina – 2 kapsul selang 2 jam sehingga habis 1 botol.
4. EQ minda – minum hingga sembuh.
5. sewaktu kepanasan mendadak tinggi, jaram dengan daun bunga cina.

HPA – Harapan Paling Akhir.

Semoga Allah menghilangkan ujian ini daripada kita semua. Kepada seluruh warga HPA kita mengamalkan kaedah “pencegahan itu lebih baik daripada pengubatan” . Herba kita yang mempunyai kekuatan bagi tujuan anti virus ialah seperti:

1. IMT – 3 x 3
2. Roselle – 5 x 3 dan teh roselle – 2 x3
3. Madu Coscinium – 2 x 3
4. Kopi Radix
5. Malac – 2 x 3
6. Teh herba

Amalkan terus herba-herba HPA sebagai amalan harian. InsyaAllah .

Walau apapun, mudah-mudahan Allah memunculkan pengubatan kita dalam situasi ini. Amin.

Produk Untuk Ibu Mengandung

Kebiasaannya wanita mengandung mengalami sakit pinggang atau tulang (sering juga berlaku kepada golongan berumur).  Ini disebabkan oleh badan kekurangan air dan kalsium.  Untuk mengatasi masalah ini, pengguna perlu membanyakkan minum air dan dicadangkan mengambil Radix Kapsul yang mengandungi kalsium yang tinggi.

Selain mengambil kopi radix, ibu mengandung juga dinasihat mengambil Roselle Kapsul yang mengandungi vitamin C yang tinggi.  Vitamin C akan meningkatkan sistem imuniti atau ketahanan badan.

Untuk membina daya fikir anak yang bakal dilahirkan agar mempunyai ingatan dan IQ tinggi, dicadangkan mengambil Mega-3 Kapsul yang mengandungi DHA yang tinggi selain membiasakan lauk ikan sebagai juadah harian yang mempunyai protein tinggi.

InsyaAllah…anak yang bakal dilahirkan akan mempunyai tulang yang kuat, sistem ketahanan (imuniti) yang tinggi dan pemikiran yang cerdas.  Satu testimoni yang telah dikongsi oleh pemimpin HPA dari Kuala Terengganu menyatakan ada pengguna yang mengamalkan Radix Kapsul ketika mengandung mendapati anaknya yang baru berusia 9 bulan sudah boleh berjalan .

Indahnya zaimof7

Mungkin ramai yang tertanya-tanya sejak pertama kali memasuki (tersengaja klik) blog Zaim kenapa domainnya zaimof7?

Sempena bulan 7 (Julai) ni, Zaim nak kongsi berkaitan keajaiban dan keindahan angka 7 dalam kehidupan kita dan Zaim sendiri.

7 lapis bumi

7 petala langit

7 nama syurga dan neraka

7 hari seminggu

7 cara Al-Quran diturunkan

7 pusingan tawaf

7 kali lontaran di jamrah

7 perjalanan untuk saei

Hmm…banyak lagi.  Tapi dalam kehidupan Zaim, angka 7 amat bermakna.

Dilahirkan dalam bulan 7

7 orang adik beradik

Cucu ke 7 tok sebelah ummi (selepas Kak Ju, Pajeri, Kak Su, Kak Ana, Yo dan Padil)

Cucu ke 7 tok sebelah abah (selepas Abg Ri, Abg Zam, Kak Ros, Yang, Kak Ana dan Yo)

Dan sempena bulan 7 ini, Zaim telah selangkah lagi ke hadapan dalam perniagaan dengan membuka pusat rawatan bekam selain menawarkan khidmat nasihat kesihatan berasaskan herba HPA.  InsyaAllah…doakan kejayaan Zaim.

IMT Pengganti Panadol

kapsul IMT

Kapsul IMT (Imuniti)

Khasiat: Menguatkan sistem pertahanan badan @ antibodi Mengandungi herba hempedu bumi dan herba untuk deep cleansing. Melancarkan peredaran darah, mengurangkan berat badan dan mengatasi masalah angin dalam badan Melawas pembuangan air kecil Membantu melancarkan sistem penghadaman, mengatasi masalah sembelit dan melawaskan pembuangan air besar.

Mengurangkan masalah jerawat dan masalah penyakit kulit. Melegakan batuk, demam dan selsema SESUAI UNTUK LELAKI DAN WANITA

Harga Pengguna SM: RM 22.00 SS: RM25.00
Harga Pengedar SM : RM 17.00 SS: RM22.00
Nilai Mata: 7

Ulasan/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Kapsul IMT IMT – Pain killer daripada HERBA. Sesudah sekian lama masyarakat menggunakan ubat tahan sakit daripada kimia. Kini HPA berjaya memperkenalkan pain killer daripada herba yang dikenali sebagai IMT.

IMT bukan sahaja menghilangkan kesakitan tetapi ia merupakan anti peradangan yang kuat dan tidak meninggalkan kesan sampingan seperti ubatan yang lain. Hari ini kita bercakap tentang side effect sesuatu ubatan kimia tetapi kita juga perlu dalam masa yang sama menyediakan pengganti kepada ubatan yang sering digunakan seisi rumah.

Syukur kerana IMT ternyata memberikan kesan kelegaan sakit lebih cepat atau sama dengan ubatan kimia tetapi tanpa bahan yang boleh memberikan kesan negatif dalam jangkamasa yang panjang . amin.

Zaim : Pertama kali IMT saya beri kepada adik yang batuk dan demam.  Dua biji bersama sesudu madu asli.  Alhamdulillah, esoknya dia boleh ke sekolah seperti biasa.  Dua minggu sebelum majlis nikah, saya demam dan tidak ragu-ragu untuk mencuba IMT.  Alhamdulillah, dua hari kemudian sembuh.  Sejak itu, Zaim mengamalkan IMT tiap kali berasa pening dan hampir demam…Alhamdulillah, IMT memberi kesan penyembuhan terbaik berbanding ubatan kimia.