Imej

3 Sebab Mengapa Saya Pilih Pulau Kapas

Bagi mereka yang merancang untuk bercuti di pulau, saya cadangkan Pulau Kapas di Marang.  Sudah beberapa kali saya ke sana dan ini antara faktor mengapa saya pilih Pulau Kapas.

  1. Jarak antara darat dan pulau tidak begitu jauh.  Hanya ambil masa 15-20 minit menaiki bot.  Maka jimatkan masa atas air dan sesuai bagi yang tak tahan mabuk laut.
  2. Ada chalet yang murah serendah RM40 semalam.  Kalau nak murah lagi bawa khemah sendiri, cuma bayar RM5-RM10 per kepala.
  3. Ada kemudahan sewaan google, snorkeling dan kayak di tepi pantai pulau tersebut.

Bagi yang tidak mahu bermalam, boleh datang pagi balik petang…macam picnic.

24022012613 24022012629 24022012634 24022012637 24022012638 24022012640

Trip Ke HPA City Di Sungai Petani

Alhamdulillah…

Pada 21.12.2009 lepas (semalam) saya berpeluang ke Sungai Petani selepas menemani PJS Ustaz Kamal Ali sebagai pembentang kertas kerja dalam PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang) di Seberang Prai.  Trip sehari bersama tiga lagi sahabat iaitu Amin, Fauzi dan Naqiudin.  Bertolak malam dan pulang juga malam keesokkannya. InsyaAllah ada kelapangan lagi, saya datang bersama keluarga pula.

Pergi Sabah

Bulan Ogos lepas, Zaim pergi ke Sabah selama lima hari.  Sekadar melawat negeri orang dan merasa naik kapal terbang.  Tiket dah ditempah tiga bulan lebih awal sebab masa tu ada tawaran harga tiket murah.  Alhamdulillah di Sabah ada sahabat yang baru menetap dan kami (zaim pergi berempat dengan sahabat-sahabat lain) tumpang la di rumahnya.

Rumah sahabat ni letaknya di Keningau, dua jam juga naik bas dari Kota Kinabalu.  Walaupun di Sabah lima hari, tapi tak banyak tempat sempat dilawati disebabkan faktor geografi dan faktor ‘pitih’ kata orang Terengganu.

Namun kami sempat ke Ladang Teh di Ranau, Kolam Air Panas dan melihat gunung Kinabalu di Kundasang.  Juga sempat ke Kinabalu Park dan jalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu.  Pergi ke Pulau Manukan sambil ‘snorkling’ di pulau tu.  Seronok la jugak.

Lepas ni plan nak ke luar negara pulak.

dalam bas dari KK ke keningau

berlatarkan gunung Kinabalu