Saya Leka Padahal Allah Sentiasa Kasih

2,3 hari sudah saya memikirkan soal kewangan yang tiada jalan selesainya.  Aidilfitri yang mendatang menduga banyak pitih perlu dibelanjakan.  Perjalanan pulang ke kampung, kelengkapan raya untuk anak isteri dan juga perbelanjaan rutin yang semakin meningkat.  Tambah pula untuk langsaikan ansuran kereta dan hutang yang lepas.  Terkadang ia datang terfikir tatkala solat dikerjakan!  Kalkulator tak habis habis ditekan untuk dapat angka yang diingini.

Allahuakbar!

2,3 hari ini juga saya berbuka diluar.  Sebelumnya ada sahabat yang menjamu berbuka di restoran dan tadinya baru selesai berbuka bersama sahabat di pejabat…juga dijamu sedap-sedap.  Siang kelmarin sedang saya menyelusuri ke tempat kerja, nyaris terlanggar sepasang suami isteri yang jatuh motor di hadapan , namun sempat saya elak.

Allahuakbar!

2,3 hari yang sudah ini sebenarnya saya lupa bahawa Allah s.w.t sentiasa kasih akan hambaNYA.  Cuma hambaNYA yang sentiasa leka dan lalai dari mengingatiNYA.  Kerana asyik dengan kalkulator itu, saya lupa akan setiap detik itu adalah rezeki yang tidak ternilai kurniaan Allah.  Sedangkan disisi kita ada ramai yang perlu dikasihi dan dibantu.

Allahuakbar!

#sedekah dapat menambah rezeki.

 

 

 

Patuh Dan Taat Perintah Allah Adalah Syarat Untuk Berjaya

Pengharapan yang penuh kepada Allah s.w.t adalah kewajipan kepada setiap yang bergelar Muslim.  Menyelesaikan permasalahan, malaksanakan perancangan serta segala tindakan kita dalam kehidupan.    Senantiasalah berharap kepadaNYA kerana ia adalah kunci kejayaan bagi mereka yang beriman.

Pengharapan yang tinggi kepada Allah perlu disertakan dengan usaha yang terbaik.  Inilah sifat mukmin yang sejati yang disukai oleh Allah.  Maka Allah s.w.t tidak akan menzalimi hambaNYA yang beriman dan berusaha.  Kejayaan pasti akan dihadirkan sama ada segera atau dilewatkan.

Tatkala Nabi Musa dikejar oleh tentera musuh hingga ke lautan, tiada lagi jalan keluar.  Para pengikut baginda berkata:

“Kita pasti ditawan”

Namun Nabi Musa tetap mengingatkan pengikutnya bahawa Allah pasti menolong hambaNYA yang taat dan patuh kepada agama.

Lalu diwahyukan kepada Nabi Musa supaya memukul laut dengan tongkatnya.  Kepatuhan Nabi Allah Musa a.s mengikut perintah Allah itu telah memberi kemenangan kepada Nabi Musa dan pengikutnya apabila Allah membuka jalan keluar setelah Nabi Musa memukul tongkatnya ke laut dengan menyaksikan laut terbelah lantas memberi laluan keluar dan ditenggelamkan tentera firaun sebaik mereka melintasi laluan tersebut.

Peristiwa daripada Al Quran ini memberikan kita gambaran bahawa Allah akan memberi pertolongan dan kejayaan kepada hambaNYA.  Namun pertolongan dan kejayaan itu memerlukan beberapa perkara untuk dipenuhi.

Patuh dan taat akan perintah Allah adalah perkara asas kepada setiap kejayaan bagi umat manusia.  Tanpa kepatuhan dan ketaatan kepada Allah, kejayaan (yang diistilahkan oleh manusia) itu adalah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah dengan murkaNYA.  Dalam masyarakat sekarang, ramai yang dilamun dengan kejayaan yang pada hakikatnya mereka dimurkai oleh Allah.

Tidak ada kejayaan tanpa usaha yang dilakukan.  Walaupun Allah Maha Berkuasa mengurniakan kejayaan kepada seseorang yang tidak berusaha, namun Allah amat kasih kepada hambaNYA yang tekun berusaha.  Sedangkan Nabi Musa a.s memukul tongkatnya dan junjungan besar kita Muhammad s.a.w terpaksa bersusah payah berhijrah ke Madinah, inikan pula kita sebagai insan biasa.  Berusaha adalah tugas kita sebagai manusia untuk mengecapi kejayaan.

Dan akhirnya adalah diluar bidang kita iaitu menentukan hasil usaha kita.  Bagi yang beriman dan yang telah lengkap tuntutannya iaitu patuh dan taat perintah Allah dan kemudiannya berusaha bersungguh-sungguh, maka kejayaan adalah hasilnya.  Mungkin pada pandangan manusia dia gagal atau tewas, tapi disisi Allah s.w.t dia adalah golongan yang berjaya.

Jibril Dan Mikail Menangis

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, “Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah.

“Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, “Aku membuat apa yang aku kehendaki.” Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir.

Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Apakah yang membuat kamu menangis?” Lalu mereka menjawab,

“Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu.”Firman Allah bagi bermaksud, “Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku.”Setelah diusir, maka iblis pun berkata, “Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu.

“Lalu Allah berfirman yang bermaksud, “Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum.

“Berkata lagi iblis, “Tambahkanlah lagi untukku.” Allah berfirman yang maksudnya, “Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya.

“Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Lalu Allah berfirman dengan maksud, “Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah.

“Berkata iblis lagi, “Tambahkanlah lagi untukku.” Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, “Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki.

Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram.””Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka.”

(Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud :

“Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan.”

 

nur-addin.blogspot.com

Meninggalkan Sesuatu Untuk Dunia

Assalamualaikum.

Dalam kita masih lagi melalui hari-hari pada bulan syawal ini, adakah kita masih merasai kenikmatan beribadah pada bulan Ramadhan sebelumnya?  Atau begitu cepatnya hilang pelajaran dan pengajaran yang dilalui sepanjang bulan tersebut?

Pernahkah kita bertanya, apakah yang akan aku tinggalkan untuk dunia ini setelah aku dipanggil mengadap Allah?  Persinggahan kita di dunia yang sementara ini  dahagakan suatu peninggalan sebagai warisan generasi dunia.  Insan yang disukai Allah itu antaranya ialah yang akan meninggalkan suatu bakti di setiap persinggahannya.

Adilkah kesementaraan kita bertahun-tahun di dunia ini dengan hanya singgah semata-mata tanpa suatu tanda yang mengakui kita pernah singgah disini?

Maka bercambah pemikiran akal manusia untuk masing-masing memikirkan cara terbaik meninggalkan suatu ketandaan diri bahawa mereka pernah berada di dunia ini.  Ada yang menciptakan suatu alat yang berguna kepada tamadun manusia dan mengukirkan namanya sebagai saintis hebat.  Ada yang berlakon berpuluh-puluh filem sebagai tanda bahawa dia pernah hidup di dunia ini.  Dan ramai yang datang dan pergi tanpa disedari.

Dalam setiap gerak geri sebelum meninggalkan dunia ini, panduan Al Quran dan Sunnah itu jelas adalah sandaran utama kita.  Segala peninggalan kita di dunia sama ada ilmu, harta benda, anak-anak, akhlak dan sebagainya adalah saham di akhirat kelak.  Saham yang ada untung dan ruginya.

Bayangkan apabila kita memakai seluar pendek keluar bersiar-siar.  Tanpa kita sedari, ada beberapa orang yang perhatikan kita, dan mengikut cara hidup kita itu…memakai seluar pendek.  Tanpa sepatah perkataan pun, hanya suatu perlakuan daripada kita.  Ikutan daripada perlakuan kita itu terus menerus akan menjadi saham yang amat merugikan di akhirat kelak tatkala kita meninggalkan dunia ini.

Bayangkan pula apabila kita memberi salam apabila bertemu dengan seorang kenalan.  Tutur bicara kita itu disaksikan oleh anak-anak kecil yang berdekatan dan menjadi ikutan mereka tatkala mereka bertemu rakan-rakan.  Maka saham yang untung itu akan terus kita raih di akhirat nanti walaupun setelah kita pulang mengadapNya.

Itulah sekecil-kecil perkara yang dijadikan contoh.  Sama-samalah kita fikirkan sesuatu yang amat besar yang sering dan telah kita lakukan.  Oleh sebab itu,  kita disaran supaya senantiasa beristifar bermuhasabah setiap waktu kerana setiap hari juga kita senantiasa berikrar kepada Allah bahawa hidup dan mati kita adalah kerana Allah.

Letihnya hidup kita di dunia ini adalah semata-mata mahukan kerehatan yang aman di akhirat nanti.  Amat malang jika kepenatan yang dialami di dunia akan dibalas dengan seksaan yang pedih di akhirat.  Sama ada sakit atau aman di akhirat nanti, pasti melalui keletihan dalam menjalani kehidupan di dunia ini.  Maka yang bijaksana sudah tentu akan memilih jalan yang letih untuk keamanan tatkala bertemu Yang Maha Esa kelak.

Puasa Untuk Sambut Raya

Zaman kanak-kanak dahulu kita sering diajar supaya berpuasa.  Jika tak puasa tidak boleh raya!  Begitu juga diberi upah puasa.  Sehari puasa boleh dapat duit raya satu ringgit…setengah hari puasa pun ada upah, dapat 50 sen!.  Melatih anak kecil berpuasa dengan ganjaran raya dan duit sedikit sebanyak membantu mereka berpuasa walaupun pada hakikatnya tuntutan berpuasa itu adalah kewajipan sebagaimana solat 5 waktu.

Pada bulan yang mulia ini, perbanyakkan taubat dan gandakan amalan ibadat setelah melalui 11 bulan yang sering menyebabkan kita leka.  Kehadiran Ramadhan ini adalah latihan ibadah yang diturunkan oleh Allah dan diringankan halangan kepada kita apabila syaitan pula dibelenggu, dan yang tinggal hanya nafsu diri kita sendiri.  Pada bulan inilah nafsu perlu dididik dengan ilmiah dan kesederhanaan .

Jarang sekali kita berjumpa dengan orang yang membuat persiapan Ramadhan, yang terbanyak ialah persiapan menjelang Syawal.  Padahal limpahan rahmat yang amat luas dihidangkan Allah pada bulan Ramadhan.

Kenapa kita tidak membuat persiapan Ramadhan?

Kerana kita tidak tahu apa yang perlu disiapkan.

Pada anggapan kita, Ramadhan tidak jauh bezanya dengan bulan-bulan lain cuma waktu makannya pada sahur sebelum subuh dan berbuka ketika maghrib.  Malamnya pula perlu ke surau/masjid untuk berterawikh, itupun jika ‘ringan badan’.  Berbanding Syawal yang disambut penuh kegembiraan hingga kadang-kadang terlebih hadnya.  Persiapan rutinnya seperti biskut raya, baju baru, kelengkapan rumah, membersih rumah dan sebagainya.

Ramadhan yang dijanjikan Allah dengan berlipat kali ganda pahalanya juga perlukan persiapan yang hebat.  Memperbaharui taubat adalah yang paling penting ketika menyambut Ramadhan.  Kesucian Ramadhan mudah menusuk jiwa apabila hati tenang dan bersungguh melaksanakan perintahNya.  Kumpulkan seberapa banyaknya pahala melalui amal ibadat yang hanya memberi peluang kepada kita pada waktu Ramadhan.

Berterawikh hanya ada pada bulan Ramadhan.  Kuatkan diri bermujahadah untuk berterawikh setiap malam.  Jangan jadi tua sebelum waktunya iaitu lemahnya tubuh.  Warga emas lebih hebat dari orang muda beribadat, memenuhi saf-saf hadapan dan qiamnya lebih lama daripada orang muda.

Bersahur dan berbuka juga melahirkan sifat-sifat terpuji.  Mengeratkan ikatan kekeluargaan, teman-teman serumah.  Inilah peluang untuk sama-sama mengaminkan doa, sama-sama menjamu selera dan nikmatnya merasai juadah makanan.

Membaca Al-Quran, menghadiri kuliah ilmu dan membantu golongan miskin adalah amalan-amalan yang dipandang tinggi oleh Allah.  Dan Ramadhan memberikan kita ruang tersebut.

Selamat Menyambut Ramadhan!

Kisah Anak Kecil Di Zaman Khalifah Harun Ar Rashid

Khalifah Harun Ar Rashid terkenal dengan ketokohannya memimpin sebuah kerajaan yang amat dikagumi dalam sejarah Islam.  Suatu hari khalifah melihat seorang anak kecil sedang mengis di hadapan unggun api yangmarak menyala.  Lalu khalifah bertanya kepada anak kecil itu kenapa menangis.

Jawab anak kecil itu,  “Aku takutkan api neraka”

Khalifah memujuk anak kecil itu dengan berkata anak kecil seperti kamu ini tak akan dimasukkan ke neraka.

Namun anak kecil itu terus menangis sambil berkata,

“Tadi sewaktu orang mula menyalakan api, mereka masukkan ranting-ranting kecil dahulu…selepas ranting kecil terbakar baru dimasukkan kayu besar”  “Aku takut hal yang sama di neraka kelak…aku ibarat ranting kecil itu”.

Mendengar kata-kata anak kecil itu, khalifah turut sama menangis.

Peringatan Dari Pertemuan Yang Singkat

Suatu malam sebelum bulan puasa Salman datang ke kedai saya, bersama seorang temannya.  Mohd Faizul.  Katanya mahu daftar jadi ahli HPA.  Saya meminta kad pengenalan daripada Mohd Faizul untuk difotostat sambil menghulurkan borang keahlian untuk diisinya.

“Im, daftarkan Mohd Faizul untuk program PBC bulan depan…dia nak pergi”  kata Salman.  Dalam hati Zaim, betul ke budak ni nak pergi…memandangkan stylenya macam ‘rock’ sikit.

Alhamdulillah…tepat pada tarikhnya 4 September 2009 bersamaan 14 Ramadhan saya membawa Mohd Faizul ke tempat program di Hotel Permai Inn.  Selesai proses pendaftaran, saya meninggalkan tempat program kerana masalah kesihatan.  PBC kali itu juga saya tidak dapat jadi urusetia kerana tidak sihat.

Sepanjang program PBC itu, para peserta bukan hanya didedahkan dengan maklumat berkaitan HPA, bahkan turut disulami dengan amalan-amalan bagi membina jati diri muslim yang sebenar.  Alhamdulillah…kami berjaya membawa Mohd Faizul ke majlis yang sering memperingatkan kita kepada Yang Maha Esa.  Qiamullail diterapkan pada malam harinya diikuti dengan amalan bacaan Mathurat esoknya.  Sebelumnya para peserta bersama-sama mengalunkan surah Al Mulk.

Sepanjang program juga penekanan terhadap menjaga ibadat dan pemakanan yang halal amat ditekankan.  Memperingati nasib saudara kita di Palestine mungkin asing bagi sesetengah masyarakat…maka disini mereka didedahkan dan tidak hairan apabila kedengaran esak tangis peserta mengenangkan saudara muslim kita di Palestine.

Beberapa hari selepas program, Mohd Faizul menemuiku di kedai.  Pertemuan pada malam itu menyaksikan Mohd Faizul sedia bersama kami dalam HPA untuk memartabatkan produk halal.

Alhamdulillah…Salman bersyukur kerana usahanya membawa Mohd Faizul bersama kami berhasil.

Terima kasih Ya Allah…

Kerana memberi kesempatan kepada aku memberitahu kepada Mohd Faizul yang mana halal dan yang mana haram.  Mengizinkan aku memberitahu di luar sana ramai saudara kita dizalimi.

Alhamdulillah…

Mohd Faizul berjaya keluar dari keserabutan hidup rakan-rakan sebayanya dan mengungkapkan alunan zikir membesarkan Ilahi.  Bersama-sama berqiamullail dan membina persaudaraan muslim sejati.

Walaupun ia hanya 2 hari 1 malam…

Doaku pada Allah semoga Mohd Faizul menerima hidayahNya…dan bersama-sama mereka yang beramal soleh.

Mohd Faizul telah kembali ke rahmatullah pada petang Rabu 4 November lalu… Al Fatihah

Pertemuan singkat ini memberi pengajaran dan pengalaman yang bermakna.  Di luar sana masih ramai yang hanyut dalam lautan dunia.

Dan pertemuan ini memberi peringatan kepadaku bahawa tugas yang besar berada di bahuku dan di bahu mereka yang mengetahui kebenaran.

Peristiwa Ketika Isra’ Mikraj

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`. § Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Daripada : http://fauzynm.e-belia.net/Nasihat/Nasihat435/nasihat435.html

Makluman Penting – Kod Babi Pada Produk Makanan

Oleh Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan su atu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab ” KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatka n kaum Muslimin didunia.

Hampir di seluruh negara barat terma su k Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang su dah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang su dah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang ma su k ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera – tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 – an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang ma su k ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional terma su k pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk – produk tersebut di atas banyak di kon su msi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita kon su msi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti
syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada
saudara kita.

sumber : http://www.pkpim.net/v2/e-mel/aduan/210-kod-babi-pada-makanan-penting-untuk-umat-islam.html