Saya Leka Padahal Allah Sentiasa Kasih

2,3 hari sudah saya memikirkan soal kewangan yang tiada jalan selesainya.  Aidilfitri yang mendatang menduga banyak pitih perlu dibelanjakan.  Perjalanan pulang ke kampung, kelengkapan raya untuk anak isteri dan juga perbelanjaan rutin yang semakin meningkat.  Tambah pula untuk langsaikan ansuran kereta dan hutang yang lepas.  Terkadang ia datang terfikir tatkala solat dikerjakan!  Kalkulator tak habis habis ditekan untuk dapat angka yang diingini.

Allahuakbar!

2,3 hari ini juga saya berbuka diluar.  Sebelumnya ada sahabat yang menjamu berbuka di restoran dan tadinya baru selesai berbuka bersama sahabat di pejabat…juga dijamu sedap-sedap.  Siang kelmarin sedang saya menyelusuri ke tempat kerja, nyaris terlanggar sepasang suami isteri yang jatuh motor di hadapan , namun sempat saya elak.

Allahuakbar!

2,3 hari yang sudah ini sebenarnya saya lupa bahawa Allah s.w.t sentiasa kasih akan hambaNYA.  Cuma hambaNYA yang sentiasa leka dan lalai dari mengingatiNYA.  Kerana asyik dengan kalkulator itu, saya lupa akan setiap detik itu adalah rezeki yang tidak ternilai kurniaan Allah.  Sedangkan disisi kita ada ramai yang perlu dikasihi dan dibantu.

Allahuakbar!

#sedekah dapat menambah rezeki.

 

 

 

Buku Rujukan Pendidikan Islam PMR dan SPM

Pendidikan Islam PMR

maaf...gambar kurang memuaskan

maaf…gambar kurang memuaskan

Buku rujukan yang lengkap untuk pelajar tingkatan 1-5 atau lebih tepat lagi untuk menghadapi PMR atau SPM.  Turut dimuatkan ayat-ayat hafazan.  Buku ini merupakan cetakan terbaru 2011 dan telah banyak kali diulang cetak bagi versi tahun-tahun sebelumnya.

Jaguh PMR / Jaguh SPM

Revisi Lengkap Pendidikan Islam

Terbitan Naluri Creative

ISBN : 978-983-44288-8-4

RM 18.00 sebuah

*Jika mahu beli melalui saya boleh juga .RM6 tambah untuk caj penghantaran =)

*Untuk mereka yang mahu dengan jumlah yang banyak, sila hubungi saya 013-9323370 (zaim).

No Akaun Maybank saya – 151306662347

Untuk Edisi Baru 2013. Klik Sini

Untuk Edisi Baru 2014 (SPM sahaja), belian boleh dibuat di http://pintarshop.com

Patuh Dan Taat Perintah Allah Adalah Syarat Untuk Berjaya

Pengharapan yang penuh kepada Allah s.w.t adalah kewajipan kepada setiap yang bergelar Muslim.  Menyelesaikan permasalahan, malaksanakan perancangan serta segala tindakan kita dalam kehidupan.    Senantiasalah berharap kepadaNYA kerana ia adalah kunci kejayaan bagi mereka yang beriman.

Pengharapan yang tinggi kepada Allah perlu disertakan dengan usaha yang terbaik.  Inilah sifat mukmin yang sejati yang disukai oleh Allah.  Maka Allah s.w.t tidak akan menzalimi hambaNYA yang beriman dan berusaha.  Kejayaan pasti akan dihadirkan sama ada segera atau dilewatkan.

Tatkala Nabi Musa dikejar oleh tentera musuh hingga ke lautan, tiada lagi jalan keluar.  Para pengikut baginda berkata:

“Kita pasti ditawan”

Namun Nabi Musa tetap mengingatkan pengikutnya bahawa Allah pasti menolong hambaNYA yang taat dan patuh kepada agama.

Lalu diwahyukan kepada Nabi Musa supaya memukul laut dengan tongkatnya.  Kepatuhan Nabi Allah Musa a.s mengikut perintah Allah itu telah memberi kemenangan kepada Nabi Musa dan pengikutnya apabila Allah membuka jalan keluar setelah Nabi Musa memukul tongkatnya ke laut dengan menyaksikan laut terbelah lantas memberi laluan keluar dan ditenggelamkan tentera firaun sebaik mereka melintasi laluan tersebut.

Peristiwa daripada Al Quran ini memberikan kita gambaran bahawa Allah akan memberi pertolongan dan kejayaan kepada hambaNYA.  Namun pertolongan dan kejayaan itu memerlukan beberapa perkara untuk dipenuhi.

Patuh dan taat akan perintah Allah adalah perkara asas kepada setiap kejayaan bagi umat manusia.  Tanpa kepatuhan dan ketaatan kepada Allah, kejayaan (yang diistilahkan oleh manusia) itu adalah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah dengan murkaNYA.  Dalam masyarakat sekarang, ramai yang dilamun dengan kejayaan yang pada hakikatnya mereka dimurkai oleh Allah.

Tidak ada kejayaan tanpa usaha yang dilakukan.  Walaupun Allah Maha Berkuasa mengurniakan kejayaan kepada seseorang yang tidak berusaha, namun Allah amat kasih kepada hambaNYA yang tekun berusaha.  Sedangkan Nabi Musa a.s memukul tongkatnya dan junjungan besar kita Muhammad s.a.w terpaksa bersusah payah berhijrah ke Madinah, inikan pula kita sebagai insan biasa.  Berusaha adalah tugas kita sebagai manusia untuk mengecapi kejayaan.

Dan akhirnya adalah diluar bidang kita iaitu menentukan hasil usaha kita.  Bagi yang beriman dan yang telah lengkap tuntutannya iaitu patuh dan taat perintah Allah dan kemudiannya berusaha bersungguh-sungguh, maka kejayaan adalah hasilnya.  Mungkin pada pandangan manusia dia gagal atau tewas, tapi disisi Allah s.w.t dia adalah golongan yang berjaya.

Meninggalkan Sesuatu Untuk Dunia

Assalamualaikum.

Dalam kita masih lagi melalui hari-hari pada bulan syawal ini, adakah kita masih merasai kenikmatan beribadah pada bulan Ramadhan sebelumnya?  Atau begitu cepatnya hilang pelajaran dan pengajaran yang dilalui sepanjang bulan tersebut?

Pernahkah kita bertanya, apakah yang akan aku tinggalkan untuk dunia ini setelah aku dipanggil mengadap Allah?  Persinggahan kita di dunia yang sementara ini  dahagakan suatu peninggalan sebagai warisan generasi dunia.  Insan yang disukai Allah itu antaranya ialah yang akan meninggalkan suatu bakti di setiap persinggahannya.

Adilkah kesementaraan kita bertahun-tahun di dunia ini dengan hanya singgah semata-mata tanpa suatu tanda yang mengakui kita pernah singgah disini?

Maka bercambah pemikiran akal manusia untuk masing-masing memikirkan cara terbaik meninggalkan suatu ketandaan diri bahawa mereka pernah berada di dunia ini.  Ada yang menciptakan suatu alat yang berguna kepada tamadun manusia dan mengukirkan namanya sebagai saintis hebat.  Ada yang berlakon berpuluh-puluh filem sebagai tanda bahawa dia pernah hidup di dunia ini.  Dan ramai yang datang dan pergi tanpa disedari.

Dalam setiap gerak geri sebelum meninggalkan dunia ini, panduan Al Quran dan Sunnah itu jelas adalah sandaran utama kita.  Segala peninggalan kita di dunia sama ada ilmu, harta benda, anak-anak, akhlak dan sebagainya adalah saham di akhirat kelak.  Saham yang ada untung dan ruginya.

Bayangkan apabila kita memakai seluar pendek keluar bersiar-siar.  Tanpa kita sedari, ada beberapa orang yang perhatikan kita, dan mengikut cara hidup kita itu…memakai seluar pendek.  Tanpa sepatah perkataan pun, hanya suatu perlakuan daripada kita.  Ikutan daripada perlakuan kita itu terus menerus akan menjadi saham yang amat merugikan di akhirat kelak tatkala kita meninggalkan dunia ini.

Bayangkan pula apabila kita memberi salam apabila bertemu dengan seorang kenalan.  Tutur bicara kita itu disaksikan oleh anak-anak kecil yang berdekatan dan menjadi ikutan mereka tatkala mereka bertemu rakan-rakan.  Maka saham yang untung itu akan terus kita raih di akhirat nanti walaupun setelah kita pulang mengadapNya.

Itulah sekecil-kecil perkara yang dijadikan contoh.  Sama-samalah kita fikirkan sesuatu yang amat besar yang sering dan telah kita lakukan.  Oleh sebab itu,  kita disaran supaya senantiasa beristifar bermuhasabah setiap waktu kerana setiap hari juga kita senantiasa berikrar kepada Allah bahawa hidup dan mati kita adalah kerana Allah.

Letihnya hidup kita di dunia ini adalah semata-mata mahukan kerehatan yang aman di akhirat nanti.  Amat malang jika kepenatan yang dialami di dunia akan dibalas dengan seksaan yang pedih di akhirat.  Sama ada sakit atau aman di akhirat nanti, pasti melalui keletihan dalam menjalani kehidupan di dunia ini.  Maka yang bijaksana sudah tentu akan memilih jalan yang letih untuk keamanan tatkala bertemu Yang Maha Esa kelak.

Puasa Untuk Sambut Raya

Zaman kanak-kanak dahulu kita sering diajar supaya berpuasa.  Jika tak puasa tidak boleh raya!  Begitu juga diberi upah puasa.  Sehari puasa boleh dapat duit raya satu ringgit…setengah hari puasa pun ada upah, dapat 50 sen!.  Melatih anak kecil berpuasa dengan ganjaran raya dan duit sedikit sebanyak membantu mereka berpuasa walaupun pada hakikatnya tuntutan berpuasa itu adalah kewajipan sebagaimana solat 5 waktu.

Pada bulan yang mulia ini, perbanyakkan taubat dan gandakan amalan ibadat setelah melalui 11 bulan yang sering menyebabkan kita leka.  Kehadiran Ramadhan ini adalah latihan ibadah yang diturunkan oleh Allah dan diringankan halangan kepada kita apabila syaitan pula dibelenggu, dan yang tinggal hanya nafsu diri kita sendiri.  Pada bulan inilah nafsu perlu dididik dengan ilmiah dan kesederhanaan .

Jarang sekali kita berjumpa dengan orang yang membuat persiapan Ramadhan, yang terbanyak ialah persiapan menjelang Syawal.  Padahal limpahan rahmat yang amat luas dihidangkan Allah pada bulan Ramadhan.

Kenapa kita tidak membuat persiapan Ramadhan?

Kerana kita tidak tahu apa yang perlu disiapkan.

Pada anggapan kita, Ramadhan tidak jauh bezanya dengan bulan-bulan lain cuma waktu makannya pada sahur sebelum subuh dan berbuka ketika maghrib.  Malamnya pula perlu ke surau/masjid untuk berterawikh, itupun jika ‘ringan badan’.  Berbanding Syawal yang disambut penuh kegembiraan hingga kadang-kadang terlebih hadnya.  Persiapan rutinnya seperti biskut raya, baju baru, kelengkapan rumah, membersih rumah dan sebagainya.

Ramadhan yang dijanjikan Allah dengan berlipat kali ganda pahalanya juga perlukan persiapan yang hebat.  Memperbaharui taubat adalah yang paling penting ketika menyambut Ramadhan.  Kesucian Ramadhan mudah menusuk jiwa apabila hati tenang dan bersungguh melaksanakan perintahNya.  Kumpulkan seberapa banyaknya pahala melalui amal ibadat yang hanya memberi peluang kepada kita pada waktu Ramadhan.

Berterawikh hanya ada pada bulan Ramadhan.  Kuatkan diri bermujahadah untuk berterawikh setiap malam.  Jangan jadi tua sebelum waktunya iaitu lemahnya tubuh.  Warga emas lebih hebat dari orang muda beribadat, memenuhi saf-saf hadapan dan qiamnya lebih lama daripada orang muda.

Bersahur dan berbuka juga melahirkan sifat-sifat terpuji.  Mengeratkan ikatan kekeluargaan, teman-teman serumah.  Inilah peluang untuk sama-sama mengaminkan doa, sama-sama menjamu selera dan nikmatnya merasai juadah makanan.

Membaca Al-Quran, menghadiri kuliah ilmu dan membantu golongan miskin adalah amalan-amalan yang dipandang tinggi oleh Allah.  Dan Ramadhan memberikan kita ruang tersebut.

Selamat Menyambut Ramadhan!

Saya Beli Barang Ini…

Setiap satu sen yang dibelanjakan akan ditanya Allah di akhirat kelak.  Maka urusan jual beli sering memberi pelbagai tanggapan oleh masyarakat.  Riba, tipu, sombong dan pelbagai sifat negatif banyak menghiasi dunia perniagaan yang akhirnya boleh saya simpulkan sebagai salah satu usaha memperlekehkan kerjaya yang menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.

Perniagaan adalah suatu penyelesaian kepada masyarakat bagi sesuatu masalah.  Menyelesaiakn masalah orang cukup tinggi nilainya contoh yang mudah ialah tayar motor yang pancit diselesaikan di bengkel motor.  Dan bayaran pelanggan sebagai upah itu boleh dikatakan sebagai ucapan terima kasih.  Jual beli merupakan aktiviti mengeratkan silaturrahim, perihal terima kasih, setuju menyetujui dan berakhir dengan keredhaan dan ketenangan.

Maka setiap duit yang dibelanjakan ialah

Ucapan terima kasih

Doa

Harapan

dan sokongan.

Setiap kali saya ingin berbelanja, keempat-empat perkara ini adalah panduan.  Jarang-jarang sekali duit saya ‘terlepas’ tanpa memenuhi elemen tersebut walaupun satu.

Sewaktu tingkatan 5, satu program sekolah diadakan di Cherating dan pada malamnya saya dan beberapa rakan keluar untuk makan di restoran yang banyak sekali tersusun sepanjang jalan di Cherating.  Apabila menjamah makanan yang dihidang, kawan saya mengkritik makanan kedai itu…tak sedap, pedas dan sebagainya.  Rupa-rupanya ia didengar oleh tukang masak dan dia marah-marah dari jauh sambil menyuruh kami pergi kedai lain.  Kami hanya diamkan diri dan terus bayar sebelum pulang ke tempat penginapan.

Ia mungkin sekadar picisan kisah-kisah berbelanja yang berakhir tanpa sebarang hak jual beli.  Makanan itu dibayar dengan hati yang langsung tanpa terima kasih, doa, harapan dan sokongan.  Ia juga diterima oleh hati yang sakit.  Peristiwa itu diingati sampai sekarang kerana ia adalah teladan bagi saya setiap kali berbelanja dan setiap kali berurusan dengan pelanggan.

Apa guna urusan jual beli jika ia berakhir dengan permusuhan, tiada ketenteraman dan tanpa terima kasih.  Kerana ia akan kembali kepada persoalan asal jual beli sebagai penyelesai masalah…bukan menambah derita.

Dan sekali lagi…jauhkan jual beli yang menambah masalah serta derita umat Islam.

Takkan Sebiji Burger McD Yang Aku Makan Ni Boleh Bunuh Orang Palestin!

Buat sekian kalinya Umat Islam ditindas lagi di Palestin dan juga negara-negara lain.  PM Netanyahu tetap meneruskan pembinaan penempatan haram di tanah Palestin.  Selain itu, dia juga menyeru negara pengeluar minyak menghentikan eksport minyak ke Iran untuk melumpuhkan negara Islam tersebut.  Seruan itu disahut banyak negara pengeluar minyak.

Maka semboyan anti Israel-US kembali ditiup oleh umat Islam setelah kelam sejak kebelakangan ini sejak pembunuhan kejam beramai-ramai rakyat Palestin tahun lepas.  Kenapa lemahnya kita ditindas sewenang-wenangnya musuh Islam?

Ibarat pilihanraya…rakyat yang ramai ini menentukan pemimpin yang sebilangan itu memerintah, begitu jugalah dalam ekonomi.  Pengguna yang ramai ini menentukan jatuh bangun sesebuah perusahaan.  Maka hari ini pengguna terbanyak ialah negara Islam tetapi gagal mengguna kuasa sebagai pengguna untuk melumpuhkan pengusaha yang zalim.

Pernah juga dengar ada yang berkata tiada bukti pembelian produk US menyumbang kepada kezaliman mereka ke atas umat Islam.  Bahkan lebih pedih mendengar kata-kata mereka yang langsung tidak peduli nasib umat Islam di luar sana.  Ada juga yang secara sinis berkata…

“takkan sebiji burger McD yang aku makan ni boleh bunuh orang Palestin?’

Pernah suatu ketika dalam satu program saya ditayangkan sebuah video yang memaparkan rintihan seorang ibu tatkala meratap kematian anaknya yang ditembak tentera Israel.  Sungguh mengharukan apabila si ibu itu berkata…

“Kamu yang bunuh anak saya!…”sambil menuding jari

“Kamu yang memberi mereka duit untuk membunuh kami semua!”

Ya…duit itu datang dari kita semua yang berterusan menyumbang ekonomi kepada mereka.  Sejak sebelum merdeka lagi kita bergantung harap kepada produk Israel-US.  Lihat sahaja restoran fast food US tidak pernah lengang daripada pengunjung.  Jenama Colgate, Darlie, Palmolive, Maggi dan macam-macam lagi seperti wajib ada di setiap rumah.

Marilah kita berusaha sehebat mungkin untuk mengelak dari menggunakan produk US-Israel.  Jadilah umat Islam yang prihatin terhadap saudara kita di luar sana dengan menunjukkan kuasa sebagai pengguna menolak produk yang dibuat oleh mereka yang zalim.

Peluang Bisnes Bersama HPA

Bisnes bersama HPA perlukan disiplin yang mantap.  Kerana gagasan yang dibawa HPA bukan sekadar mahu menjadi syarikat muslim yang mampu bersaing di pentas antarabangsa, bahkan menyelamatkan umat Islam dari terus dicuaikan serta dikaburi dengan produk-produk yang meragukan.

Tiga perkara yang perlu difahami dalam HPA

  1. Penjagaan Kesihatan – Makanan tambahan (supplement food) adalah elemen penting dalam menjaga kesihatan dewasa ini.  Namun ramai tersalah bertindak iaitu dengan mengambil supplement food daripada bahan kimia.  Supplement yang terbaik adalah daripada tumbuhan atau herba yang memang disebut dalam Al-Quran, Hadis serta kitab-kitab perubatan.  Barat telah memadamkan kehebatan herba ini kerana di negara mereka herba-herba terbaik sukar tumbuh dan Alhamdulillah…ia tumbuh dengan banyak di negara-negara Islam.  Maka HPA membawa risalah ini sebagai tunjang kepada bisnes HPA.  Kehebatan herba yang diproses oleh HPA menjadi penawar banyak penyakit dan elemen utama dalam kaedah penyembuhan melalui HPA (perubatan JAWI) ialah kebergantungan kepada Allah.
  2. Produk Halal Muslim – Cuba anda perhatikan sekeliling rumah samaada di dalam ataupun di luar.  Berapa banyakkah produk Halal-Muslim yang ada?  Rekod mendapati lebih 70% produk makanan berstatus Halal di Malaysia adalah keluaran non-Muslim.  Ya ada logo Halal…tapi cuba fikir ke mana keuntungan syarikat non-Muslim ini dibelanjakan?  Satu contoh : Keuntungan jualan ubat gigi Colgate adakah ia disalurkan untuk kepentingan ummah Islam?  Boleh jadi sumbangan ada disalurkan kepada kepentingan agama si pemilik syarikat Colgate.  Adakah kita menjadi penyumbang kepada kepentingan agama si pemilik syarikat Colgate? sedangkan terdapat syarikat Halal-Muslim yang juga menawarkan ubat gigi.  Cukuplah ditipu dengan penggunaan nama islamik seperti Syurah, Safi, Zaitun dan lain-lain sedangkan ia bukan syarikat muslim.
  3. Boikot Produk Israel-US – Setiap tahun pasti bergegar sorakan demonstrasi mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestine.  Juga tindakan US yang menyerang negara Islam.  Lantas dilancarkan usaha memboikot produk Israel-US yang ada di pasaran.  Namun usaha boikot sering hangat sekejap kerana ummat tiada pilihan.  Maka HPA menyediakan alternatif kepada ummat untuk beralih daripada barangan yang diboikot kepada produk Halal-Muslim HPA.  Dan ternyata usaha ini berjaya sedikit sebanyak menggugat ekonomi Israel-US dan apa yang dikatakan jihad ekonomi boleh bermula melalui HPA.

Yes…untuk menjadi usahawan atau bisnesman HPA, hanya perlu mengamalkan produk HPA dan menyebarkan ketiga-tiga maklumat penting di atas kepada seramai mungkin orang.  Itu sahaja yang perlu dilakukan oleh anda dan insyaAllah kejayaan menanti anda! Inilah kaedah bisnes MLM (syariah) HPA yang semakin berkembang hebat.

Hubungi Zaim (013-9323370) untuk sama-sama laksanakan bisnes HPA.  Jadikan bisnes HPA sebagai salah satu jalan dakwah anda.

Ketika Cinta Bertasbih

Kelmarin tengok filem Ketika Cinta Bertasbih.  Filem dari Indonesia yang berkisar tentang sekumpulan pelajar Indonesia yang belajar di Al-Azhar Universiti di Mesir.  Filem yang diadaptasi dari novel ini memaparkan kisah cinta yang dibatasi oleh syariat.

Namun bukan kisah filem ini yang mahu diperkatakan.  Sebenarnya telah lama seorang sahabat Zaim recommend supaya tengok filem ini.  Tapi mengenangkan tidak mahu ditipu lagi dengan tajuk islamik daripada filem atau drama, Zaim hanya biarkan sahaja saranan sahabat.  Apabila menonton filem Ayat-ayat Cinta, maka Zaim recommendkan kepada sahabat lain supaya menonton sama.  Mengajak sahabat-sahabat supaya menerapkan nilai agama dalam kehidupan terutama bab CINTA.

Namun apabila diketahui perangani sebenar aktor-aktornya, rasa macam ditipu.  Dalam filem semuanya Alhamdulillah…tapi diluarnya kaki disko.  Sejak itu, apa jua tajuk yang menggunakan istilah islamik tidak dapat menarik minat Zaim untuk menonton termasuk Nurkasih yang rata-rata semua sahabat Zaim minat termasuk isteri.  Memang benar kata isteriku, Nurkasih juga menipu kita.

Berlainan dengan Ketika Cinta Bertasbih, para pelakonnya majoriti bukan artis kerana para pelakon perlu menjalani pemilihan.  Dan memang benar kata seorang sahabat Zaim, jika kita sudah mengetahui perangai sebenar seseorang artis itu, apa yang dilakonkannya pasti masih terselit di hati penonton tentang kisah hidupnya diluar.  Maka seolah-olah pengarah Ketika Cinta Bertasbih mendengar saranan ini, mereka menjadikan latar hidup seseorang sebagai merit untuk berlakon dalam filem ini.

Nilai yang hebat yang ditontonkan dalam filem ini ialah menyemai semangat belajar