Buku Rujukan Pendidikan Islam PMR dan SPM

Pendidikan Islam PMR

maaf...gambar kurang memuaskan

maaf…gambar kurang memuaskan

Buku rujukan yang lengkap untuk pelajar tingkatan 1-5 atau lebih tepat lagi untuk menghadapi PMR atau SPM.  Turut dimuatkan ayat-ayat hafazan.  Buku ini merupakan cetakan terbaru 2011 dan telah banyak kali diulang cetak bagi versi tahun-tahun sebelumnya.

Jaguh PMR / Jaguh SPM

Revisi Lengkap Pendidikan Islam

Terbitan Naluri Creative

ISBN : 978-983-44288-8-4

RM 18.00 sebuah

*Jika mahu beli melalui saya boleh juga .RM6 tambah untuk caj penghantaran =)

*Untuk mereka yang mahu dengan jumlah yang banyak, sila hubungi saya 013-9323370 (zaim).

No Akaun Maybank saya – 151306662347

Untuk Edisi Baru 2013. Klik Sini

Untuk Edisi Baru 2014 (SPM sahaja), belian boleh dibuat di http://pintarshop.com

Advertisements

Sherlock Holmes

sherlock-holmes1                                                                                                   

  Antara watak fantasi yang saya minati adalah penyiasat Sherlock Holmes.  Detektif British yang berjaya menyelesaikan banyak kes jenayah dan seumpamanya .  Hinggakan saya sering berangan menjadi detektif sepertinya.  Ianya berlaianan dengan watak detektif lain seperti Conan dan Kindaichi yang nampak tidak real dengan dunia nyata. 

Dongengan Sherlock Holmes nampak seperti hidup di alam nyata dengan ciri-ciri manusia yang hebat tapi punyai kelemahan juga.  Yang menarik pada Holmes adalah kebolehannya membaca latar belakang seseorang baru dijumpainya melalui penglihatan pertama kali.  Gaya, raut wajah dan penampilan seseorang sudah cukup untuk dia mengandaikan pekerjaan, umur dan perwatakan orang tersebut.

Pertama kali mengenali watak Holmes adalah semasa tingkatan dua melalui pembacaan di perpustakaan.  Waktu tu bukunya dalam bahasa Inggeris.  Tapi sejak kebelakangan ini, saya benyak menjumpainya di kedai buku dan yang mengujakan ialah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.  Rupa-rupanya cerita Holmes punyai banyak siri.  Jadi saya tidak akan lepaskan peluang membeli atau memiliki  jika menjumpai siri Holmes di mana-mana.

Ada 56 kes atau cerita Sherlock Holmes dan dimuatkan dalam beberapa siri buku.

                                                                                                 

Buku Halal Haram – Pendedahan Yang Perlu Beri Perhatian

Tajuk : Halal Haram

Penerbit : Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Harga : RM20

Muka Surat : 226

Belum pun selesai membaca buku ini, perasaan saya sudah risau akan pemakanan yang telah lama saya malah kita semua amalkan selama ini.  Buku ini telah menghuraikan masalah halal dan haram terutama yang berkaitan dengan bahan makanan.  Antara lain dihuraikan bahawa jenama makanan popular di negara kita tidak terlepas daripada memiliki bahan campuran yang jelas haram dan juga meragukan.

Sedikit petikan daripada Dato’ Seri Dr. Haji Harunssani, mufti kerajaan negeri Perak ketika mengulas mengenai buku ini.

“Isu kesucian sesuatu produk atau perkhidmatan adalah sensitif kepada masyarakat Islam.  Bagi orang Islam, sebarang isu berkaitan dengan persoalan halal dan haram perlu diberi perhatian serius.

Justeru, buku hasil penyelidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ini, pada hemat saya akan dapat mengisi keperluan masyarakat Islam, bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Saya menganjurkan supaya buku ini dibaca dan dikaji oleh setiap lapisan masyarakat.  Buku ini akan menghilangkan sebarang keraguan yang timbul dalam minda masyarakat Islam kerana ia dijelaskan secara sainstifik”