Cukupkah Pendapatan Bulanan Anda?

Adakah pendapatan bulanan kita cukup untuk menampung perbelanjaan?  Ramai yang berkata tidak cukup, namun adakah benar ia memang tidak cukup atau sekadar telahan kita memandangkan apa yang kita ingini tidak dapat dilakukan kerana faktor kewangan.

Pernahkah kita menulis perbelanjaan di atas sehelai kertas?

Ambil masa sekejap untuk tulis…anda akan tahu di mana tirisnya perbelanjaan bulanan.  Dari situ barulah kita boleh nyatakan bahawa pendapatan bulanan memang tidak cukup atau sebaliknya.  Setelah mengetahui gambaran sebenar cashflow, mudah untuk kita mengurus perbelanjaan.  Ada perkara yang mungkin tidak perlu dan ada perkara yang boleh ditangguhkan.

Menurut kajian, hanya 3 dari 10 orang rakyat Malaysia yang serius dalam urusan kewangan mereka.  Maka pilihlah untuk bijak mengurus cashflow kita.

Advertisements
Imej

3 Sebab Mengapa Saya Pilih Pulau Kapas

Bagi mereka yang merancang untuk bercuti di pulau, saya cadangkan Pulau Kapas di Marang.  Sudah beberapa kali saya ke sana dan ini antara faktor mengapa saya pilih Pulau Kapas.

  1. Jarak antara darat dan pulau tidak begitu jauh.  Hanya ambil masa 15-20 minit menaiki bot.  Maka jimatkan masa atas air dan sesuai bagi yang tak tahan mabuk laut.
  2. Ada chalet yang murah serendah RM40 semalam.  Kalau nak murah lagi bawa khemah sendiri, cuma bayar RM5-RM10 per kepala.
  3. Ada kemudahan sewaan google, snorkeling dan kayak di tepi pantai pulau tersebut.

Bagi yang tidak mahu bermalam, boleh datang pagi balik petang…macam picnic.

24022012613 24022012629 24022012634 24022012637 24022012638 24022012640