Hanya Sebuah Bulan Ramadan Yang Rutinnya Sama Seperti Tahun Lalu

Melayari setiap Ramadan pasti bermula dengan azam yang hebat.  Mahu khatam Quran, mahu terawih tiap-tiap malam dan kalau boleh mahu buat 20 rakaat, mahu diet makan dan banyak lagi mahu itu dan mahu ini.  Alhamdulillah semua niat yang begitu baik.  Belum pun seminggu Ramadan dilalui, sudah lewat 2 juzuk dari rancangan awal.  Terawih sudah jadi malas-malasan dek kerana cendol, ayam pusing dan air katira yang warna warni memenuhi setiap inci usus.  Usah ditanya apa kesudahan Ramadan nanti, kerana belum lagi diuji dengan lagu raya, baju raya dan siaran tv.

Sudah berpuluh-puluh tahun (saya dan mungkin kita semua) Ramadan dilepasi.  Saya masih begini.  Tiada satu bulan dalam setahun yang menakjubkan bagi saya.  Hanya satu bulan Ramadan yang rutinnya sama seperti tahun tahun lalu.  Pada awalnya penuh semangat, dan diakhiri dengan penutup yang saya akan berkata “esok dah raya? Ya Allah, apa aku dah buat sepanjang Ramadan ini?”.  Ia nada yang mengecewakan namun kecewa itu terubat pada Hari Raya esoknya dengan hidangan rendang dan hilai tawa sanak saudara.

Hadiah Ramadan ini sangat mahal harganya.  Usah kita letih dengan tradisi kelalaian Ramadan seperti tahun-tahun lalu.  Kurangkan ke bazar, banyakkan ke masjid untuk solat fardhu berjemaah.  Kurangkan makan ketika berbuka, banyakkan bersedekah dan menjamu orang berbuka.  Usah berlebih dan persiapan raya, ingat selalu anak-anak yatim yang perlukan perhatian.  Kurangkan bicara, banyakkan membaca Quran.  Kuatkan hati untuk bangun awal sebelum sahur supaya sempat untuk sekurang kurangnya 2 rakaat solat sunat.  Selesai sahur ayuh kita ke surau masjid untuk solat Subuh berjemaah.  Ringankan kaki ke kuliah supaya ilmu sentiasa kita cambahkan.  Semoga keletihan beribadat ini akan mengalirkan tangisan kesyukuran tatkala takbir raya bergema.

Saya teringat pesanan Ustaz Zul pada iftar guru-guru PASTI tahun lepas, Ustaz Zul mempersiapkan kelengkapan raya pada bulan Syaaban lagi.  Sahabat saya Ustaz Kamaruzzaman pernah berpesan, “Tahun ni kita mesti cari satu keluarga untuk kita tanggung kelengkapan raya mereka” tambah ustaz lagi, “Ingat…tidak semua senang macam kita”. Sahabat lama saya Dr. Zaleha pernah mengirimkan duit dan berkata “Ini sumbangan saya untuk PASTI tahun lepas…lupa nak menyumbang pada Ramadan lepas”.  Dan pensyarah saya akan membawa semua anggota keluarganya berqiamulail di masjid dengan harapan “semoga anak-anak saya tahu apa yang patut dibuat tiap-tiap Ramadan”.  Indahnya nilai kehidupan mereka untuk sama-sama kita teladani.

Salam Ramadan Al Mubarak!

 

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s