Bahaya Pewarna

Written by Zariah
Monday, 28 April 2008
synthetic_food_colors.jpg

 

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa semua bahan atau benda di sekeliling kita akan kelihatan menarik jika mempunyai warna. Baik bahan makanan, minuman mahupun alat solek. Tidak hairanlah jika seorang kanak-kanak akan tertarik apabila melihat makanan atau minuman ringan yang dijual di pasaraya atau kedai runcit disediakan dalam pelbagai warna. Malah orang dewasa pun mudah terpesona apabila terpandang barangan yang bewarna-warni meskipun ia adalah pewarna tiruan.

Hal ini disedari oleh ibu bapa khususnya yang mempunyai anak kecil. Setiap kali mereka membawa anak kecil mengunjungi pasaraya atau singgah di stesen minyak, makanan atau minuman ringan yang dijual dalam pelbagai warna menjadi daya penarik yang membuatkan kanak-kanak tidak mahu berganjak dari tempat yang menjualnya atau memperagakannya.

Puan Amira (bukan nama sebenar) dan suaminya merupakan antara ibu bapa yang mengalami masalah itu. Walaupun mereka faham yang anak kecil mereka masih mentah dan tidak memahami bahaya pengambilan makanan atau minuman ringan yang mengandungi pewarna tiruan, mereka terpaksa akur dengan kehendak anak kecil itu.

“Sekali-sekala, takpa agaknya”, fikir mereka setiap kali berhadapan dengan kedegilan anak kecil mereka itu.

Sebenarnya ibu bapa mengelak anak-anak mereka mengambil makanan, gula-gula atau minuman mengandungi bahan campuran yang boleh menyebabkan anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.

Akhbar Daily Mail melaporkan, kajian yang dibiayai Agensi Piawaian Makanan Britain (FSA) turut mengaitkan bahan campuran itu sebagai punca reaksi alahan dan menyebabkan lelah dan ruam.

Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Southampton itu hanya mengesahkan lagi kajian awal yang mendakwa bahan campuran itu boleh menyebabkan alahan.

Selain mengkaji kesan penggunaan warna tiruan dalam makanan, penyelidik juga melihat kesan bahan pengawet natrium benzoate (E211) yang lazim digunakan dalam minuman ringan.

Profesor Vyvyan Howard dari Universiti Ulster dan penasihat FSA menggesa ibu bapa dan pengeluar makanan supaya melindungi generasi muda.

“Ia sepatutnya tidak digunakan kerana bahan itu sememangnya tidak mempunyai sebarang nilai dari segi khasiat. Jadi, mengapakah ia perlu digunakan?

“Peraturan ketat yang mengharamkan penggunaan bahan itu bagi kanak-kanak bawah usia setahun sememangnya wujud. Ini disebabkan otak dan sistem saraf penting sedang terbentuk ketika usia setahun”, katanya.

Beberapa syarikat pengeluar makanan utama sudahpun memberi reaksi berikutan banyak bukti menunjukkan kesan penggunaan bahan kimia tiruan bertujuan memastikan produk mereka lebih menarik.

Kebanyakkan firma peruncit di Britain dilaporkan mengkaji semula dasar mereka mengenai kehadiran pewarna dalam makanan berikutan tekanan penduduk. (Sumber: Berita Harian, 10 Mei 2007).

Kementerian kesihatan telah mengharamkan penggunaan pewarna Red 2G dalam makanan. Pewarna beracun ini digunakan untuk mewarnakan daging dalam burger.

Menurut pihak Kementerian berkenaan, makanan yang mengandungi pewarna tersebut yang telah berada di pasaran, masih boleh dijual. Penjual atau pengedar dinasihatkan agar menarik daripada pasaran makanan yang mengandungi Red 2G secara sukarela, makanan dengan tarikh luput bleh dijual sehingga tamat tempohnya dan tempoh tiga bulan diberikan untuk menarik makanan dari tarikh luput.

Kerajaan Malaysia mengharamkan pewarna makanan itu selepas ia diharamkan oleh Kesatuan Eropah (EU) pada 27 Julai 2007.

Pewarna Red 2G boleh memetabolisme kepada aniline dan hasil uji kaji mendapati ia boleh merosakkan bahan genetik dalam sel-sel lalu membentuk kanser.

Tindakan mengharamkan pewarna Red 2G sebenarnya diambil agak leawat kerana ia telah lama diharamkan di Negara-negara seperti Australia, Austria, Belgium, Denmark, Jepun, Switzerland, New Zealand dan Amerika.

Terdapat beberapa pewarna makanan yang diisytiharkan tidak selamat dan diharamkan di tempat lain tetapi dibenarkan di Malaysia. Antaranya:

Allura Red- Dilarang diseluruh Komuniti Eropah.
Amaranth- Diharamkan di Austia, Jepun, Norway, Rusia, Sweeden dan Amerika.
Briliant Blue- Diharamkan di Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Norway, Switzerland, Sweeden dan Amerika.
Brown HT- Diharamkan di Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Norway, Switzerland, Sweeden dan Amerika.
Carmoisine- Diharamkan di Austria, Jepun, Norway, Sweeden dan Amerika.
Erythrosine- Diharamkan di Norway.
Green S – Diharamkan di Kanada, Norway Sweeden dan Amerika.
Indigo Carmine- diharamkan di Norway
Ponceau 4R- Diharamkan di Kanada, Norway dan Amerika.
Quinoline Yellow- Diharamkan di Jepun, Norway dan Amerika
Sunset Yellow- Diharamkan di Findland, Norway dan United Kigdom.
Tarrazine- Diharamkam di Austria, Findland dan Norway.

Kenapa ia digunakan

Pewarna digunakan dalam makanan atau minuman untuk tujuan berikut:
• Mengimbangi warna yang hilang
• Memperbetulkan variasi warna asli
• Mempertingkatkan warna asli
• Memberi Identiti beraneka warna
• Memberi impak beraneka warna

Dalam satu tinjauan yang dijalankan tahun lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Mendapati pelbagai bahan pewarna dan jenama berbeza, untuk pewarna makanan diletakkan di rak kedai runcit.  Pewarna ini terdapat dalam botol kaca kecil atau tiub plastik dan dilabelkan dengan cara di mana pengguna biasa tidak dapat membezakan pewarna untuk makanan (pewarna yang digredkan untuk makanan) daripada bahan pewarna jenis lain.

Di sebuah kedai, CAP mendapati bahan pewarna untuk makanan dan bukan untuk untuk makanan diletakkan berdekatan antara satu sama lain. Kedua-dua jenis pewarna itu dikeluarkan oleh kilang yang sama. Produk ini menggunakan label yang hampir sama. Tulisan ‘Pewarna untuk makanan’ dan juga ‘Tidak boleh dimakan’ dalam saiz kecil menyebabkan ia tanda amaran ini terlepas perhatian daripada pembeli.

Dalam kes tertentu, label pada bekas tidak memberikan sebarang petunjuk bagi warna atau tujuan warna itu digunakan. Sesetengah pewarna yang dibungkus dalam tiub plastik tidak mempunyai sebarang label atau tanda. Apabila ditanya kepada penjual, mereka hanya mengatakan bahan pewarna ini adalah untuk mewarnakan jeli.

Menurut peraturan di bawah Akta Makanan 1983, setiap bungkusan mengandungi sebarang bahan pewarna sintetik yang diimport, dikeluarkan atau diiklankan untuk jualan, atau dijual atau untuk digunakan bagi mewarnkan makanan mestilah dilabel dengan nombor indeks warna. Dalam kes campuran atau sediaan pewarna, nama biasa bagi warna dan jumlah peratus bahagian warna yang terdapat dalam sediaan itu perlu dinyatakan pada label.

CAP juga mendapati pelbagai makanan yang diproses untuk kanak-kanak dalam warna yang amat terang dan dengan bungkusan yang menarik perhatian pengguna. Beberapa pewarna, walaupun pada masa ini dibenarkan oleh undang-undang, telahpun menunjukkan menjadi punca kepada kesan sampingan kesihatan. Penggunaan bahan ini oleh kanak-kanak menjejaskan mereka.

Ibu bapa mungkin tidak menyedari potensi bahaya beberapa bahan penambah ini terhadap anak-anak mereka. Masalah ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa pengeluar makanan tidak dikehendki oleh undang-undang untuk menyenaraikan nama biasa pewarna atau untuk perkara  itu nama biasa bagi banyak bahan penambah lain yang digunakan. Mereka dengan mudah menggunakan ayat seperti ‘Pewarna makanan yang dibenarkan’.

Banyak jenama daun teh juga diketahui mengandungi bahan pewarna, amalan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang. Satu daripada pengeluar teh yang dihubungi mengakui mereka menambah pewarna dan menyalahkan pengguna kerana lebih sukakan warna itu.

Satu-satunya pewarna makanan digunakan dalam makanan yang diproses ialah untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelanggan. Pewarna tidak menyumbang apa-apa kepada nilai pemakanan bagi sebarang makanan. Bahan kimia ini  adalah bahan bukan makanan yang dimasukkan kedalam makanan. Kebanyakkan daripadanya boleh menjejaskan kesihatan dan ini termasuk bahan penambah kimia yang diluluskan oleh pihak yang berkuasa. Contohnya tartrazine (pewarna kuning-jingga) berkemungkinan agen penyebab kanser dan boleh meningkatkan hiperaktif dikalangan kanak-kanak. Ia juga dikaitkan dengan alergi, ruam, bengkak, hidung berair dan mata merah.

Sunset Yellow FCF (pewarna merah jingga) berkemugkinan agen karsinogenik serta dikaitkan dengan hiperaktif dala kalangan kanak-kanak. Ia juga mampu menyebabkan kerosakan gigi kromosom dan tindak balas arlegi.

Ponceau 4R (Pewarna merah terang hingga merah gelap) diketahui menyebabka kanser, bengkak tisu, arlegi dan asama. Ia juga boleh merendahkan bilangan sel  darah merah dan kepekatan hemoglobin. Bahan pewarna ini telahpun diharamkan di amerika Syarikat dan banyak Negara Eropah.
ANTARA BAHAN ASLI UNTUK PEWARNA
• Bunga telang
• Daun pandan
• Ubi bit
• Kunyit

Sumber : Majalah Aniqah  (Zarinah Othman)

Advertisements

One comment on “Bahaya Pewarna

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s